Moscow dakwa ‘askar upahan Israel’ bertempur di Ukraine

Moscow dakwa ‘askar upahan Israel’ bertempur di Ukraine

MOSCOW: Seorang jurucakap Kementerian Luar Russia hari ini mendakwa askar upahan Israel bertempur bersama-sama Rejimen Azov berhaluan pelampau kanan di Ukraine.

Dakwaan itu memburukkan ketegangan antara negara itu dengan Israel, selepas Russia memberi gambaran bahawa Adolf Hitler memiliki ‘darah Yahudi’.

“Askar upahan Israel berada sebaris dengan militan Azov di Ukraine,” kata Maria Zakharova kepada radio pro-Kremlin, Sputnik, dalam satu temu bual.

Azov mula mendapat perhatian pada 2014 apabila aktivis pelampau kanannya mengangkat senjata untuk menentang kumpulan pemisah pro-Russia di wilayah Donbas, Ukraine, namun rejimen itu kini berada di bawah pemerintahan tentera Ukraine.

Rejimen itu bertempur bersama tentera Ukraine menentang Russia, yang melancarkan kempen ketenteraan sejak 24 Februari lalu di negara pro-Barat itu.

Anggota Azov adalah sebahagian pertahanan Ukraine di bandar pelabuhan Mariupol, yang bersembunyi di kilang besi Azovstal bagi menentang tentera Russia yang melancarkan serangan utama, Selasa lalu.

Menerusi dakwaan warga Israel bertempur bersama Azov, yang disifatkan Russia sebagai fasis dan Nazi, Moscow menambah ketegangan yang bermula selepas Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, mendakwa Hitler berdarah Yahudi, Ahad lalu.

Kenyataan Lavrov mencetus kemarahan di Israel, yang menyifatkannya sebagai ‘tidak boleh dimaafkan dan melampau’ serta ‘kesalahan sejarah yang sangat teruk’.

Semalam, Kementerian Luar Russia mendakwa Israel menyokong ‘rejim neo-Nazi di Kyiv. Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky adalah berketurunan Yahudi. BH

Moscow dakwa ‘askar upahan Israel’ bertempur di Ukraine


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker