Dahulukan RUU Anti-Lompat Parti sebelum adakan PRU15 – Wan Junaidi

Dahulukan RUU Anti-Lompat Parti sebelum adakan PRU15 – Wan Junaidi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berharap Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Lompat Parti dapat dibentangkan dan diluluskan sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun beliau berkata, ia terpulang kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob sama ada RUU itu dibentang di Dewan Rakyat pada persidangan Julai ini atau diadakan awal pada persidangan khas.



“Ada yang mahu RUU ini dibentang pada persidangan Julai, dan ada yang mahu diawalkan, namun terpulang kepada perdana menteri sendiri untuk menentukan perkara itu setelah kajian selesai dan diserahkan kepada beliau.

“Kalau tanya saya, pada saya lebih baik kita laksanakan RUU ini dahulu (sebelum PRU15) kerana tidak mahu apa yang berlaku pada 2018 berlaku lagi pada tahun ini atau 2023 nanti. (Kalau) RUU belum siap kita dah PRU, lepas itu lompat kiri lompat kanan (ahli politik bertukar parti),” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata demikian ketika ditemui pada Program Libat urus Bersama Masyarakat di sini hari ini.

Wan Junaidi berkata, beliau tidak boleh mendedahkan mengenai RUU itu secara lebih lanjut selagi ia belum dibentangkan kerana terikat dengan Peraturan Mesyuarat 85 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.



“Saya yang mengetuai Jawatankuasa RUU itu yakin dengan kebolehan serta pengalaman undang-undang yang pada jawatankuasa dan masalah ini boleh diselesaikan,” katanya. FMT

Dahulukan RUU Anti-Lompat Parti sebelum adakan PRU15 – Wan Junaidi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula



Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker