Ayda Jebat Ajak Adik-Beradik Nyanyi, Rakam Lagu Raya Pertama Sebagai The Jebats [VIDEO] — MYKMU.NET

Ayda Jebat Ajak Adik-Beradik Nyanyi, Rakam Lagu Raya Pertama Sebagai The Jebats [VIDEO]



Ayda Jebat Ajak Adik-Beradik Nyanyi, Rakam Lagu Raya Pertama Sebagai The Jebats [VIDEO]

PENYANYI dan pelakon Ayda Jebat memberitahu yang dia akhirnya berjaya memujuk dua adiknya, Fyna dan Sabira, untuk menyanyi bersama dalam lagu raya baharu berjudul “Hari Rayayayaya”.

Menariknya, ini merupakan kemunculan pertama mereka sebagai The Jebats, selepas hampir lebih 10 tahun tidak menyanyi sebagai sebuah kumpulan.

“Pada awalnya, saya rancang nak nyanyikan lagu ini secara solo, tapi lepas fikir balik, menarik juga kalau ada rakan duet menyanyi sekali.

“Jadi, secara tak langsung, saya terus terfikir untuk berkolaborasi dengan adik-beradik saya iaitu Fyna dan Sabira.

“Ketika zaman persekolahan, kami dikenali sebagai kumpulan SASSU. Jadi, gandingan sebagai The Jebats ini amatlah bermakna sebab sudah hampir 13 tahun kami tidak menyanyi bersama.

“Kalau nak tahu, agak susah juga nak pujuk mereka sebab mereka tinggal di Melaka. Tetapi akhirnya semua dipermudahkan. Adik bongsu kami, Danial juga turut menyumbangkan suara.




“Apabila sudah bersetuju, mereka datang ke Kuala Lumpur untuk rakam suara dan juga proses rakaman klip video,” katanya kepada Gempak.

Menariknya, lagu “Hari Rayayayaya” merupakan lagu ciptaan Ayda sepenuhnya.

Ayda menambah, pengalaman merakam lagu dan klip video disifatkan sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan.

“Saya berasa seronok menyudahkan proses rakaman dan adik-adik saya juga dapat mengalami sendiri bagaimana menjadi Ayda Jebat yang terlibat dalam proses rakaman hingga pagi,” katanya lagi.

Ditanya mengenai konsep, Ayda berkata, klip video single “Hari Rayayayaya” tidak hanya fokus pada suasana Syawal semata-mata.




“Konsep klip video kami bertemakan era 60-an, sepadan dengan genre lagu.

“Kami juga masukkan elemen komedi seperti elemen viral Datuk Seri Vida dan adegan Pak Maon singgah ke rumah terbuka The Jebats.

“Jujurnya, kami tak nak terlalu tekankan mood raya sahaja dalam klip video ini, jadi kami selitkan babak lucu dan sedikit berbeza.

“Insya-Allah jika lagu raya ini berjaya, kami akan merancang untuk merakamkan single pop untuk dirakamkan bertiga,” katanya lagi.-GEMPAK

Ayda Jebat Ajak Adik-Beradik Nyanyi, Rakam Lagu Raya Pertama Sebagai The Jebats [VIDEO]




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: