Sadio Mane Dedah Klopp Ubah Jadual Latihan Liverpool, Beri Kemudahan Pemain Muslim Berpuasa

Sadio Mane Dedah Klopp Ubah Jadual Latihan Liverpool, Beri Kemudahan Pemain Muslim Berpuasa

SADIO Mane mendedahkan kapten Liverpool, Jordan Henderson meyakinkan pengurus kelab, Jurgen Klopp untuk menukar jadual latihan bulan ini bagi memberi kemudahan kepada pemain beragama Islam menyambut Ramadan.

Selain Mane, tiga lagi tonggak utama skuad The Reds yang beragama Islam adalah Mohamed Salah, Ibrahima Konate dan Naby Keita.

“Ia bukan mudah untuk bermain dan berlatih sambil menunaikan puasa Ramadan,” kata Mane.

“Tetapi sebelum Ramadan, kami cuba bercakap dengan kapten (Henderson) untuk memberitahu bos bolehkah kami menukar jadual dan berlatih pada waktu pagi.

“Ia lebih mudah untuk kami. Jika anda berlatih pada waktu pagi maka anda mempunyai masa untuk berehat dan pulang ke rumah. Jika anda berlatih sekitar pukul 2 atau 3 petang, ia akan menjadi sukar!

“Jurulatih berkata ya dan saya rasa itu memudahkan dan kami cuba melakukan yang terbaik,” ujarnya.

Apabila ditanya bagaimana bintang Liverpool berpuasa pada hari perlawanan, Mane menambah: “Ia tidak mudah, tetapi seperti selalu hari perlawanan adalah sesuatu yang lain!

“Dengan Ramadan ia sukar tetapi saya fikir Liverpool, mereka cuba memudahkan segalanya untuk kami,” ujar Mane lagi. Dailymail.co.uk

Sadio Mane Dedah Klopp Ubah Jadual Latihan Liverpool, Beri Kemudahan Pemain Muslim Berpuasa

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker