PasLeak: Sanusi Enggan Mohon Maaf, Isham Jalil Akan Buat Laporan Polis

PasLeak: Sanusi Enggan Mohon Maaf, Isham Jalil Akan Buat Laporan Polis

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Isham Jalil bakal membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor susulan kenyataannya yang disifatkan sebagai fitnah jenayah.

Isham dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya berkata, laporan itu dibuat supaya pihak polis boleh memulakan siasatan pertuduhan jenayah ke atas Muhammad Sanusi di bawah Seksyen 499 Akta 574 Kanun Keseksaan.

“Kedua, esok (Jumaat) saya akan buat laporan polis supaya polis boleh mula siasat pertuduhan jenayah ke atas kamu di bawah Seksyen 499 Akta 574 Kanun Keseksaan iaitu fitnah jenayah (criminal defamation) yang membawa hukuman penjara dua tahun,” katanya.

Bagaimanapun menurut Isham, sekiranya Muhammad Sanusi didapati terlepas daripada tuduhan jenayah tersebut, beliau akan memulakan saman sivil terhadapnya pula.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat sebaliknya menggelar Isham sebagai ‘anak seluang’.-AA

PasLeak: Sanusi Enggan Mohon Maaf, Isham Jalil Akan Buat Laporan Polis

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker