Presiden Perancis dibaling buah tomato

Presiden Perancis dibaling buah tomato

PARIS – Seorang penunjuk perasaan bertindak membaling buah tomato ke arah Presiden Perancis, Emmanuel Macron ketika beliau melakukan tinjauan pertama selepas memenangi pilihan raya Presiden, lapor portal berita MailOnline semalam.

Macron yang diundi semula dalam pilihan bulan ini sedang menemui penyokongnya di sebuah pasar di Cergy, barat laut Paris apabila beliau menjadi sasaran.

Meskipun tomato yang dilempar tidak mengenai pemimpin itu, ia menimbulkan huru-hara dalam kalangan pasukan keselamatannya ketika mereka cuba melindunginya.

Pengiringnya membuka sekaki payung bagi melindungi Macron daripada ‘hujan’ tomato, manakala beliau menutup bahagian atas kepala menggunakan tangannya.

Beliau juga didengari berkata “ini tidak serius,” sebelum dibawa pergi oleh pasukan pengawal peribadinya.

Macron mengalahkan pesaingnya, Marine Le Pen dengan peratusan undian sebanyak 58.5 peratus berbanding 41.5 peratus yang diperoleh Le Pen pada pilihan raya pusingan kedua Ahad lalu. K Online

Presiden Perancis dibaling buah tomato


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui

JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Adam Adli bidas Rafizi

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker