Ibu pula ditahan disyaki dera 2 anak

Ibu pula ditahan disyaki dera 2 anak

Polis kini menahan ibu kepada dua kanak-kanak perempuan yang disyaki didera pada 5.30 petang semalam, tidak lama selepas bapa mangsa ditahan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut sama ada wanita berusia 31 tahun itu turut terlibat dalam kejadian itu.

“Kedua-duanya direman bermula hari ini sehingga 5 Mei ini untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut laporan Harian Metro.

Media semalam melaporkan mengenai penahanan lelaki terbabit kerana disyaki mendera dua anak tirinya yang berusia enam dan lapan tahun sehingga mengalami lebam.

Menurut Ahmad Shukri, suspek ditahan di rumahnya di Jalan Sungai Petani, Alor Setar pada jam 3.30 petang.

“Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya dalam kenyataan yang dipetik Berita Harian.

Terdahulu dilaporkan kesan lebam di pipi kiri dan kanan seorang murid perempuan lapan tahun membongkar kejadian dia dan adiknya menjadi mangsa dera bapa tiri mereka.

Kejadian itu disedari guru kelas Tahun Dua sebuah sekolah kebangsaan di Alor Setar, selepas ternampak kesan lebam pada pipi mangsa seperti dipukul ketika dalam kelas. FMT

Ibu pula ditahan disyaki dera 2 anak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui

JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Adam Adli bidas Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker