Pemilik akaun Facebook fitnah polis disiasat

 

IPOH – Polis menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook yang memuat naik kenyataan berunsurkan fitnah terhadap pegawainya yang didakwa melindungi aktiviti narkotik dan penjualan mercun di sekitar Ipoh pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, satu laporan polis telah diterima berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh pengguna akaun ‘Antidadah Rasuah Tamanku’ itu.

“Status Facebook tersebut mendedahkan nama beberapa kawasan yang dikatakan menjadi tumpuan aktiviti berkenaan di kawasan Pengkalan, Pasir Puteh, Kampung Sri Kinta, Station 18 dan Kampung Cempaka Sari.

“Pengguna akaun tersebut mendakwa pihak polis melindungi aktiviti-aktiviti jenayah berkenaan dan mempunyai masalah integriti,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati akaun Facebook terbabit disyaki palsu dengan hanya memuat naik status tersebut.

“Polis memandang serius terhadap tohmahan ini dan siasatan terperinci akan dijalankan berhubung maklumat-maklumat tersebut untuk pengesahan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi hingga menjejaskan siasatan polis,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis

Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan

‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker