Chef Wan bukan mentua dari neraka

Chef Wan bukan mentua dari neraka

DIVA betul-betul tabik hormat dengan cef selebriti bermulut lantang, siapa lagi kalau bukan Datuk Chef Wan.

Biarpun dilihat selalu jujur dan jarang bertapis setiap kali bercerita tentang anak menantu, naluri kebapaannya tetap menebal. Kasih sayangnya terhadap anak-anak, seperti buat Serina dan menantu, Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin juga tidak pernah luntur walaupun mukanya telah ‘dilumur arang’ sebelum ini.

Dalam marah-marah kerana isu ‘kahwin lari’, Chef Wan tetap menghulurkan duit membantu Serina dan suami mengubah suai kediaman mereka di perlis.

Kata Chef Wan, busuk-busuk pun anak sendiri juga. Dia juga menyifatkan menantunya itu tidaklah buruk seperti bekas menantunya sebelum ini.

Ternyata perkongsian Chef Wan tentang perkara tersebut meraih pujian daripada netizen.

Melihat keharmonian tersebut, ramai juga netizen mendoakan agar perkahwinan kedua Serina kali ini kekal sehingga ke akhir hayat.

“Sebagai pengikut, saya nampak kebaikan chef sebagai seorang bapa mentua. Macam-macam yang cef lakukan untuk bantu anak,” kata seorang pengikutnya.

“Semoga jodoh Serina kali ini kekal sehingga ke akhir hayat,” komen seorang lagi netizen. K Online

Chef Wan bukan mentua dari neraka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker