Netizen Kagumi Lelaki Ini Bawa 13 Anak, Empat isteri Shopping Raya Bersama-sama [VIDEO]

Netizen Kagumi Lelaki Ini Bawa 13 Anak, Empat isteri Shopping Raya Bersama-sama [VIDEO]

BAWA 13 anak, empat isteri ‘shopping’ raya bersama.”

Netizen kagum dengan lelaki ini uruskan keluarga besarnya dan mampu membeli-belah bersama dalam menyediakan kelengkapan berhari raya.

Tidak semua lelaki mampu menguruskan keluarga dengan baik setelah berpoligami, lelaki ini adalah contoh terbaik buat lelaki di luar sana yang terfikir untuk berpoligami.

Madukan isteri tak salah, namun biarlah adil, saksama dan mengikut syariat Islam sebaiknya. Tiada yang berkecil hati dan terasa, sebaliknya semua pihak merasa nikmat hidup berkeluarga. Betul tak?

Lelaki ini telah berkongsi detik bahagianya ketika keluar membeli-belah persiapan raya bersama empat orang isteri serta 13 orang anak-anaknya di sebuah kompleks membeli belah.

Pengguna TikTok, Fazlin, memuat naik video dia bersama keluarga besarnya itu mengunjungi sebuah pusat beli-belah terkemuka bagi membeli baju raya masing-masing.

Menerusi kapsyen video yang dikongsikan, Fazlin sempat berseloroh mengatakan dia merasa seperti mengadakan sebuah lawatan percutian bersama rakan sekerja apabila keluar bersama keluarganya memandangkan anak-anaknya sudah meningkat dewasa.

“Baba tak rasa berjalan dengan anak-anak, terasa berjalan dengan kawan-kawan bila anak semua dah besar.

“Bila kau bawa 13 orang anak, 4 orang isteri pergi pusat beli-belah untuk beli baju raya, dah macam trip syarikat jalan-jalan,” luahnya.

Rata-rata netizen kagum dan memuji sifat lelaki kerana mampu mengurus keluarga besar ini secara adil buktinya mereka keluar membeli persiapan raya bersama-sama tanpa rasa kekok.

Ternyata menguruskan keluarga yang besar bukan satu tugas yang mudah apatah lagi melibatkan empat orang isteri dan 13 orang dalam satu masa. Ramai yang mendoakan keluarga ini.-MW

VIDEO DIBAWAH:-

Netizen Kagumi Lelaki Ini Bawa 13 Anak, Empat isteri Shopping Raya Bersama-sama [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker