Demi rakyat, gaji minimum RM1,500 tetap dilaksanakan 1 Mei – PM

KEMAMAN – Kerajaan memberi jaminan pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,500 akan tetap dilaksanakan bermula 1 Mei ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perincian berhubung pelaksanaan skim gaji baharu itu akan diumumkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM).

“Walaupun terdapat pelbagai cadangan dan rayuan, saya beri jaminan bahawa gaji minimum pada 1 Mei nanti akan tetap diteruskan.



“Cuma perinciannya akan dijelaskan Menteri Sumber Manusia,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Pampasan Bekas Pekerja Perwaja di Dewan Pejabat UMNO Bahagian Kemaman pada Ahad.

Kerajaan sebelum ini meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan bermula 1 Mei ini di seluruh negara.

Pelaksanaan gaji minimum itu bagaimanapun akan hanya membabitkan majikan syarikat besar dan tidak membabitkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan meminda peruntukan agar guru gred DG 48 ke atas yang tidak terlibat dalam pentadbiran dibenarkan aktif dalam kesatuan.



“Saya sudah berhubung dengan Ketua Setiausaha Negara supaya perkara ini dipinda semula.

“Saya percaya dalam akta memang tidak membenarkan guru dalam pentadbiran berpersatuan tetapi seperti saya katakan kerajaan hari ini komited untuk bersama-sama pekerja,” katanya.

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun



Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker