Hari mengundi DUN Tioman 7 Disember

#PRU15

Hari mengundi DUN Tioman 7 Disember

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi PRU15 bagi DUN Tioman ditunda ke 7 Disember.

Pengerusi Abdul Ghani Salleh berkata SPR menetapkan tempoh berkempen selama 13 hari, selepas hari penamaan pada 23 November.



Hari mengundi awal ditetapkan pada 3 Disember.

“Calon-calon yang sah dinamakan sebelum ini dikehendaki hadir ke pusata penamaan calon bagi tujuan cabutan undi untuk menentukan giliran pada kertas undi.

“Bakal calon baharu yang ingin bertanding…hendaklah menyerahkan kertas penamaan calon yang lengkap diisi dan disemak oleh pejabat pegawai pengurus oleh calon atau penyokong atau pencadangnya semasa hari penamaan calon.”

SPR memaklumkan daftar pemilih yang akan digunakan untuk PRU DUN Tioman adalah yang terkini sehingga daftar pemilihan tambahan Ogos 2022 yang dikemaskini sehingga 9 Oktober.



Proses pengundian PRU15 di DUN Tioman ditunda susulan kematian calon Perikatan Nasional Md Yunus Ramli.

Yunus, 61, meninggal dunia di Hospital Kuala Rompin, Pahang pada 3.30 pagi tadi, dipercayai akibat komplikasi jantung.

Beliau dijadualkan bersaing dengan empat calon lain, iaitu bekas penyandang Mohd Johari Hussain (Barisan Nasional), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan), Osman A Bakar (Pejuang), dan calon bebas, Sulaiman Bakar. FMT

Hari mengundi DUN Tioman 7 Disember




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin



SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker