Imam terkejut terima surat pinangan dalam raga motor

Imam terkejut terima surat pinangan dalam raga motor

SEORANG imam, Hakim Arrazali terkejut menerima sepucuk surat ‘pinangan’ dari seseorang pengirim yang tidak dikenali selepas selesai mengimamkan solat tarawih.

Kisahnya telah dikongsikan menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial.

Hakim memaklumkan dia terkejut apabila menerima surat seperti itu tanpa disangka-sangkanya.

Surat yang lengkap di dalam sampul tersebut telah diletakkan oleh pengirim “misteri” di dalam raga motornya.

Dalam video tersebut, Hakim turut menanyakan kepada imam-imam lain tentang sekiranya mereka juga pernah menerima surat seperti ini.

“Nak tanya, imam-imam tarawih pernah dapat macam ini tak,” katanya.

Lebih menarik perhatian ramai adalah mengenai isi surat tersebut dan diselitkan juga wang kertas RM50 di dalam sampul berkenaan.

“Assalamualaikum ya akhi (abang), saya masih mencari bakal imam, jika akhi sudi,” tulis surat tersebut.

Pengirim itu juga turut meninggalkan nombor telefon agar mudah untuk dihubungi kelak.

Namun, di ruangan komen videonya, Hakim menegaskan untuk tidak sewenang-wenangnya mainkan atau menerima perasaan seseorang sekiranya belum bersedia untuk berkahwin.

“Kalau ada yang dapat macam ini, gunalah cara yang halal (menikah), jangan sesekali guna cara haram (bercinta),” pesannya.

Dalam pada itu, pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai dan rata-ratanya terhibur dengan kisah yang dikongsikan.

“Suara imam sedap sangat masa baca surah waktu solat tarawih, sebab itu ada yang jatuh hati nak kenal,” komen seorang pengguna.

“Imam muda, kacak macam ini aku pun cair,” seloroh pengguna lain. E9

Imam terkejut terima surat pinangan dalam raga motor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker