Kerajaan akan umum kelonggaran tiga SOP utama – Ismail

Kerajaan akan umum kelonggaran tiga SOP utama – Ismail

KERAJAAN akan mengumumkan kelonggaran tiga prosedur operasi standard (SOP) utama yang diguna pakai sejak negara dilanda COVID-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan pemakaian pelitup muka di tempat awam, mengimbas kod QR MySejahtera dan keperluan menjalani Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) di lapangan terbang.

“Tiga perkara ini sedang dibincangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan diumumkan selepas meneliti kebaikan dan keburukannya.

“Saya tak pasti bila ia akan diumumkan tapi KKM sedang berbincang, bermesyuarat tentang pelitup muka, MySejahtera dan sama ada perlu melakukan ujian PCR-RTK sebaik tiba di lapangan terbang.

“Ada tiga perkara besar, tunggulah kita akan umum. Kita doakan berita gembira,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Seremban, lapor Sinar Harian, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Menurutnya, sebagaimana dimaklumkan sebelum ini kerajaan tidak akan kembali mengetatkan SOP dan kelonggaran akan diberi dari semasa ke semasa.

Jelas beliau, kelonggaran diberi sememangnya menggembirakan rakyat tetapi pada masa sama ada yang bimbang jika terlampau diberi kebebasan.

“Itu sebabnya kena seimbangkan. Jika kita terlampau bebas, rakyat takut tapi seperti saya kata, kerajaan tidak akan mengundur ke belakang dan beri kelonggaran dari semasa ke semasa.

“Sekarang ini kita dah boleh balik kampung beraya dan sebagainya tapi masih perlu memakai pelitup muka, walaupun tiada lagi penjarakan fizikal seperti dulu yang menyebabkan tindakan boleh diambil jika ada melanggarnya,”katanya.

Sebelum ini, media melaporkan lebih banyak kelonggaran SOP yang diguna pakai sejak negara dilanda COVID-19 dijangka diumumkan dalam beberapa minggu akan datang.

Difahamkan, antara lain ia membabitkan kelonggaran terhadap arahan mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika berada di tempat awam yang dikuatkuasakan sejak 1 Ogos 2020.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, berikutan kejayaan pengurusan COVID-19 dalam negara yang kini menyaksikan jangkitan semakin terkawal selain penurunan kes kemasukan ke hospital, KKM dijangka mengumumkan sedikit kelonggaran dari semasa ke semasa. E9

Kerajaan akan umum kelonggaran tiga SOP utama – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker