Sayangi Rafizi, undi saya – Saifuddin

Sayangi Rafizi, undi saya – Saifuddin

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau mempunyai peluang baik untuk memenangi jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti bulan depan.

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam PKR, katanya, beliau boleh “membaca” dari segi sambutan, gerak badan dan reaksi muka ahli parti yang dilihat menyebelahinya.



“Saya lama dalam parti, tentulah saya boleh membaca dari segi sambutan, ‘body language, face expression’…semua saya boleh baca. Saya menganggap saya tetap mempunyai peluang baik untuk terpilih (sebagai timbalan presiden).

“Bagaimanapun, saya sekali lagi ingin tegaskan, pemilihan ini satu proses demokrasi dan bukan bertujuan untuk memutuskan silaturahim dalam kalangan pemimpin dan ahli parti,” katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan pengumuman calon pimpinan pusat disokong Kumpulan Kekuatan (KK) Sabah, di sini.

Saifuddin akan berentap dengan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk jawatan nombor dua itu.

Terdahulu, Saifuddin dalam ucapannya meminta mana-mana cabang atau ahli parti yang masih berbelah bahagi untuk memilih timbalan presiden PKR supaya menggunakan pendekatan “sayang Rafizi, undi Saifuddin”.



Beliau berkata, lawannya itu merupakan pemimpin yang baik, namun dirinya mempunyai kelebihan dari segi pengalaman.

“Ada kawasan yang saya pergi, mereka mengatakan yang mereka berbelah bahagi untuk memilih kerana mereka mahukan saya, tetapi mereka sayang Rafizi.

“Jadi, saya beritahu mereka, senang saja, sayang Rafizi, undi Saifuddin,” katanya.

Terdahulu, dalam majlis itu, selain Saifuddin menjadi calon pilihan untuk timbalan presiden, KK Sabah turut mengumumkan akan menyokong Fadhlina Sidek sebagai ketua wanita dan Adam Adli sebagai ketua Pemuda PKR. FMT



Sayangi Rafizi, undi saya – Saifuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun



Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker