Agenda ‘khemah besar’ PH tak semudah ‘goreng pisang’ – Mahdzir



Agenda ‘khemah besar’ PH tak semudah ‘goreng pisang’ – Mahdzir

Agenda “khemah besar” yang diketengahkan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak semudah membuat “pisang goreng”, kata Naib Presiden Umno, Mahdzir Khalid.

Katanya, menjadi perkara biasa bagi parti politik mencari jalan dan apa juga kaedah untuk menghadapi PRU serta lawan mereka juga perlu bersiap sedia dengan strategi tersendiri.

“Dalam politik, ada dua perkara. Satu, tidak pernah berhenti berfikir dan kedua, politik adalah seni segala kemungkinan, jadi mereka (PH) kena cari jalan dan apa jua kaedah untuk hadapi PRU. Umno tetap bersedia untuk bersaing dengan strategi tersendiri, sekiranya ia benar-benar berlaku nanti.

“Di pihak PH, kalau mereka ada khemah besar, itu kita anggap sebagai persaingan, tetapi saya tak fikir untuk membina khemah besar ini semudah nak buat pisang goreng. Apa pun kita kena hadapi dan ada persediaan serta strategi kita,” katanya menurut laporan Berita Harian.




Isnin lalu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dilaporkan berkata, pendekatan “khemah besar” PH tidak termasuk kerjasama dengan parti dalam kerajaan, sama ada Umno, Bersatu atau PAS kerana ia tidak mungkin bekerjasama dengan pengkhianat yang jelas mengkhianati amanah serta mandat rakyat.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub kelmarin dilaporkan meminta pemimpin pembangkang berjiwa besar dengan memaaf dan melupakan perkara lalu bagi merealisasikan “khemah besar” sebagai persediaan menghadapi PRU15.

Naib presiden PH itu menyarankan gabungan terbabit membuka pintu rundingan dengan semua parti pembangkang, termasuk Bersatu dan PAS, bagi memastikan pembangkang ampuh dalam menghadapi Barisan Nasional. FMT

Agenda ‘khemah besar’ PH tak semudah ‘goreng pisang’ – Mahdzir


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)



Leave a Reply

Your email address will not be published.