Mohd Nazlan perlu direhatkan, biar SPRM lengkapkan siasatan

Mohd Nazlan perlu direhatkan, biar SPRM lengkapkan siasatan

Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) mendesak supaya Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali direhatkan daripada jawatannya sebagai Hakim Mahkamah Rayuan bagi memberi ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan penuh terhadap dakwaan kemasukan wang RM1 juta ke dalam akaun simpanannya.

Presidennya,Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, SPRM juga perlu menjalankan siasatan yang telus dengan kadar segera dan tampil dengan satu kenyataan hasil siasatan secepat mungkin memandangkan isu itu menjadi topik perbualan rakyat yang menuntut ketulenan dakwaan tersebut.

Walaupun Mohd Nazlan menafikan penerimaan wang itu menerusi satu laporan polis yang dibuat baru-baru ini, PSUAM berpendapat SPRM perlu melakukan siasatan dalam isu tersebut kerana rakyat berhak mengetahui kebenaran di sebalik isu yang diviralkan itu.

“Kami bukan menuduh Hakim Nazlan bersalah, sebaliknya kami hanya memohon kepada SPRM agar siasat segera. Adakah beliau terlibat secara langsung di dalam SRC International dan 1MDB seperti mana ditularkan.

“Kami pernah buat laporan kepada SPRM pada 15 Mac lalu membabitkan Mohd Nazlan dan hari ini laporan kedua menyusul kepada SPRM mendesak Nazlan disiasat segera.

“Jika benar wujud penglibatannya, kes Datuk Seri Najib Razak harus berpatah balik ke Mahkamah Tinggi dan seluruh hukuman yang dijatuhkan ke atas beliau perlu dibatalkan dan kes harus dibicarakan semula.

“Kami bukan meminta kes Najib ditutup dan dibebaskan, sebaliknya mahu kes dibicarakan semula sebab perkembangan terkini mengaitkan hakim yang menzahirkan hukuman dalam kes Najib dengan kemasukan dana 1MDB mencetuskan keraguan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui di hadapan ibu pejabat SPRM di sini.

Dalam satu lagi perkembangan sama, beliau juga mendesak SPRM agar segera menyiasat Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kerana namanya disebut dalam satu perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Roger Ng di mahkamah New York Amerika Syarikat pertengahan Mac lalu.

Katanya, pengakuan Roger Ng dalam perbicaraan mengenai 1MDB di mahkamah New York bahawa dia pernah bertemu dengan Tengku Zafrul walaupun Menteri Kewangan Malaysia itu menafikan dakwaan tersebut menerusi kenyataan pada 3 Mac lalu.

“Pada tahun 2012 Maybank didakwa meluluskan pinjaman sejumlah besar wang kepada 1MDB, dan ketika itu Tengku Zafrul merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment. Kemudian pada tahun sama juga terdapat laporan mendakwa Tengku Zafrul antara 11 orang yang pergi ke Las Vegas dan meraikah hari lahir Jho Low.

“Nama beliau juga terdapat dalam dokumen yang menyerupai minit mesyuarat lembaga pengarah Maybank melibatkan sejumlah wang seperti yang didedahkan sebuah portal tempatan…kita mahu kesemua perkara ini perlu disegerakan siasatan oleh SPRM,” tegasnya.

Dalam pada itu, Penasihat PSUAM Datuk Zamil Ibrahim pula mahu SPRM juga menyiasat satu lagi dakwaan melibatkan nama Mohd Nazlan dengan penularan beberapa dokumen bertarikh 7 Mac lalu di portal berita tempatan dipercayai merupakan minit mesyuarat ‘Group Management Credit Committe GMCC Maybank berkenaan permohonan 1MDB untuk mendapatkan ‘Bridging Loan’ jangka pendek sebanyak RM6.17 bilion yang dipercayai disediakan oleh Mohd Nazlan.

Katanya, SPRM perlu menggunakan kecekapannya untuk memulakan segera siasatan mengenai perkara berkenaan untuk memberitahu rakyat sama ada dokumen yang dikaitkan dengan Mohd Nazlan adalah tulen atau fitnah semata-mata.

“Maka saya terpanggil untuk datang ke SPRM yang dirasakan badan yang tepat menyiasat dakwaan ini dan mengesahkan ketulenan dokumen bank itu yang mengaitkan penglibatan Mohd Nazlan, jika benar ia amat mendukacitakan.

“Justeru kerajaan, badan kehakiman serta jabatan peguam negara perlu merehatkan Mohd Nazlan daripada menjalankan tanggungjawab sebagai hakim sementara SPRM menyiasat dan tampil dengan keputusan siasatan.

“Andai kata terbukti benar dokumen itu dan penerimaan wang itu, ia satu perkara yang amat mendukacitakan dan konflik berkepentingan yang perlu diambil tindakan penyelesaian segera berlunaskan undang-undang,” ujarnya. MG

Mohd Nazlan perlu direhatkan, biar SPRM lengkapkan siasatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker