Janganlah jadi pengkhianat, setialah kepada parti – Isham



Janganlah jadi pengkhianat, setialah kepada parti – Isham

Isham Jalil menempelak Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan dokumen PasLeaks yang tersebar di laman media sosial baru-baru ini tidak memiliki elemen luar biasa.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor itu menegaskan, Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu boleh membuat kenyataan demikian kerana bukan namanya dikomplot.

“Dokumen tiada elemen luar biasa konon. Iyalah, bukan nama kamu yang dikomplot untuk dijatuhkan dan disumbat dalam penjara, bolehlah kamu cakap senang.

“Yang kamu nak back up sangat parti lain yang ingin jatuhkan pemimpin parti kamu sendiri itu dah kenapa? Janganlah jadi pengkhianat dan setialah kepada parti,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.




Beliau mengulas kenyataan Annuar yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu bahawa penelitian terhadap dokumen berkenaan didapati tidak terdapat perancangan dibuat oleh golongan tertentu seperti digembar-gemburkan oleh beberapa pihak ketika ini.

Menurutnya, beliau difahamkan dokumen tersebut hanya merupakan catatan pertemuan beberapa pemimpin Pas dengan pihak lain untuk kegunaan parti itu.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengulas dengan menyatakan tidak mengetahui kesahihan dokumen yang digelar PasLeak, yang dikatakan mendedahkan taktikal politik Perikatan Nasional (PN) merancang menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dokumen tersebut yang didakwa minit mesyuarat sebuah parti politik mendedahkan rancangan menjatuhkan UMNO dan BN sebelum PRU15. MG

Janganlah jadi pengkhianat, setialah kepada parti – Isham





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)



Leave a Reply

Your email address will not be published.