Perbicaraan kes Ebit Lew bermula Ogos

Perbicaraan kes Ebit Lew bermula Ogos

Mahkamah Majistret di Tenom, Sabah, hari ini, menetapkan 1 hingga 5 Ogos depan sebagai tarikh perbicaraan kes pendakwah terkenal Ebit Irawan Ibrahim Lew atau dikenali sebagai Ebit Lew.

Majistret Nur Asyraf Zolhani turut membenarkan permohonan bagi menjalankan 11 pertuduhan itu secara bersama.

Ebit, 37, didakwa atas 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac hingga Jun 2021.

Menurut laporan Utusan Borneo, pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dengan denda, atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, pendakwaan mengemukakan permohonan bagi menjalankan perbicaraan 11 pertuduhan itu bersama kerana bukti dan saksi bagi kesemua pertuduhan saling berkaitan.

Peguam mewakili Ebit, Ram Singh tidak mengemukakan sebarang bantahan kepada permohonan itu selagi ia membabitkan seorang pengadu.

Pengarah Pendakwaan Negeri Muhammad Ilmami Ahmad dan Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohammad Ramli mewakili pihak pendakwaan.

Ebit turut diwakili Peguam Kamaruddin Mohmad Chinki dan Timothy Daud. FMT

Perbicaraan kes Ebit Lew bermula Ogos


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker