Gagak ketagih rokok dikhuatiri mati

BURUNG gagak itu sering mengekori Catt apabila dia bekerja dan akan menyambar rokok tembakaunya ketika dia berehat untuk merokok. – Twitter/IamCryptoCraig

 

LONDON – Seorang lelaki Britain yang berkawan dengan seekor gagak, bimbang burung itu mati kerana tabiatnya yang gemar menghisap rokok, lapor akhbar Mirror UK.

Pete Catt, 37, rapat dengan seekor gagak bernama Craig selepas burung itu datang melawatnya setiap hari ketika dia berkebun.

Gagak hitam itu akan menyambar rokok Catt. Lelaki itu dan Craig akan merokok bersama-sama menyebabkan dia semakin rapat dengan haiwan itu.

Bagaimanapun, Catt khuatir ketagihan burung itu menghisap rokok akan membawa kesan buruk.

Catt yang menetap di Bexhill, England  berkata, dia dan Craig mula berkawan apabila burung itu mengekorinya ketika dia menggali tanah di kebun.

Burung itu kerap membawa putung rokok masih menyala dan dilihat semakin ketagih dengan rasa tembakau.

“Pada suatu hari ketika saya menggulung rokok, ia menyambarnya. Saya menawarkan api dan ia kelihatan mengangguk kepala.

“Selepas itu, jika saya ingin merokok, ia akan sertai saya,’’ kata Catt.

Malangnya, Craig dikatakan tidak mengunjunginya lagi sejak Oktober tahun lalu dan Catt bimbang rokok menyebabkan kematian haiwan itu. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker