Ditegur minum arak, anak perempuan mabuk bunuh bapa

Ditegur minum arak, anak perempuan mabuk bunuh bapa

Kejadian berlaku di Bangka, Indonesia, seorang anak tergamak menikam dada bapa kandungnya berusia 60 tahun hanya kerana tidak boleh terima ditegur minum minuman keras.

Ketika kejadian, Harina, 32, yang sedang meneguk arak di depan rumah dan kemudian mangsa meegurnya menyebabkan berlaku pergaduhan mulut.



Mangsa, Sarkawi kemudian mengayunkan sebilah parang yang diambil dari dalam rumah namun anaknya sempat mengelak dan terkena di bahagian telinga kanannya.

Kedua-duanya kemudian bergelut dan apabila bapanya terjatuh, Harina bertindak menggigit telinga kanan dan punggungnya untuk menyelamatkan diri.

Pergaduhan di antara mereka berdua berlanjutan sehingga ke dalam rumah dan si bapa juga dikatakan menghalau anaknya itu keluar dari rumah.

Pelaku tidak tahan akhirnya masuk ke bilik dan mengambil sebilah pisau. Saat mangsa membuka pintu, dia terus menikamnya di bahagian dada.”



Harina kemudian terus melarikan diri bersama-sama dengan senjata digunakannya itu meskipun bapanya menjerit meminta tolong.

Jeritan itu didengari anak ketiga mangsa yang sedang lena tidur di bilik dan selepas ternampak bapanya berlumuran darah dia keluar rumah meminta pertolongan jiran tetangga.

Malangnya, Sarkawi tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Selepas jiran membuat laporan, polis bertindak dan berjaya menangkap suspek yang berada di kawasan berdekatan.

Menurut Ketua Polis Bangka Selatan, AKP Tiyan Talingga, Harina bakal dituduh di mahkamah dan berdepan hukuman 15 tahun penjara jika disabit bersalah.



Ditegur minum arak, anak perempuan mabuk bunuh bapa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk



Kamal Adli takut buka media sosial

Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta



Bikini Amy Nur Tinie bikin panas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker