Pelajar wanita diserang di Dutamas, polis buru 2 lelaki

Pelajar wanita diserang di Dutamas, polis buru 2 lelaki

Polis sedang memburu dua lelaki yang didakwa mengganggu seorang pelajar di Dutamas, Kuala Lumpur, malam tadi.

Salah seorang daripada mereka turut memukul mangsa dengan menggunakan kayu.

Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai mengesahkan kepada FMT bahawa satu laporan telah dibuat berhubung perkara itu dan polis “masih memburu mereka”.

Mangsa adalah warga asing yang belajar di sini, tambahnya.

Katanya, siasatan dijalankan bawah Seksyen 323 dan 393 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan cubaan menyamun.

Mangsa menunjukkan kecederaan dialaminya di bahagian belakang susulan kejadian. (Gambar Instagram)
“Kejadian berlaku di hadapan SK Kiaramas, Persiaran Dutamas,” kata Beh.

Ini susulan mangsa berkongsi kejadian itu di Instagram, menceritakan bahawa beliau dan rakannya diganggu oleh dua lelaki menaiki motosikal ketika sedang berjalan ke sebuah pusat beli-belah berdekatan.

Pada mulanya, mangsa dan rakannya tidak mengendahkan kedua-dua lelaki itu, katanya, namun kemudian, mereka terpaksa berlari ke arah sekolah berdekatan apabila dihampiri oleh lelaki itu.

“Salah seorang daripada mereka (berbaju putih) melompat turun daripada motosikal dan berlari ke arah kami untuk menyerang,” katanya di Instagram.

“Rakan saya berjaya melarikan diri, tetapi saya tidak. (Penyerang) tergelincir dan terjatuh apabila dia menghayunkan batang kayu ke arah saya.”

Peluang ini digunakannya untuk memukul penyerangnya yang terjatuh.

“Dia menggigit lengan saya, kemudian rakannya turut melompat turun daripada motosikal untuk menyerang saya, jadi saya cuba lari. Saya tak cukup pantas dan dapat rasa salah seorang daripada mereka memukul saya di bahagian belakang menggunakan kayu.

“Pengawal keselamatan di sekolah itu membuka pintu pagar supaya kami dapat masuk (ke pekarangan sekolah) untuk menyelamatkan diri, tetapi pada ketika itu, kedua-dua lelaki berkenaan telah melarikan diri.

“Saya sudah buat laporan polis, tetapi tolong kongsi (mengenai kejadian) ini agar ia dapat perhatian.” FMT

Pelajar wanita diserang di Dutamas, polis buru 2 lelaki


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker