Waspada taktik baharu sindiket penipuan guna nama LHDN



Waspada taktik baharu sindiket penipuan guna nama LHDN

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan modus operandi baharu sindiket penipuan yang menggunakan nama pegawai lembaga itu bagi membuat perolehan serta pembelian aset daripada syarikat perabot.

LHDN dalam kenyataan hari ini memberitahu bahawa sindiket itu menyediakan dua kad nama palsu yang menggunakan nama pegawai LHDN bagi membolehkan mereka membuat pesanan pembelian peralatan perabot untuk kegunaan di pejabat LHDN.

“Bagi meyakinkan lagi mangsa, sindiket turut menyediakan Dokumen Pesanan Pembelian (Purchase Order) palsu mengandungi butiran jenis-jenis peralatan perabot yang ingin dipesan serta turut dilengkapi dengan tandatangan palsu pegawai LHDN,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, LHDN mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai LHDN bagi memperdayakan mangsa.




LHDN amat memandang serius terhadap perkara ini dan orang ramai dinasihat supaya berhati-hati dengan setiap panggilan, e-mel mahupun surat atau dokumen yang meragukan dengan mendapatkan pengesahan daripada LHDN terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi dalam talian, menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai perkara itu boleh dibuat secara dalam talian melalui saluran HASiL Live Chat, borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ dan Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara). MG

Waspada taktik baharu sindiket penipuan guna nama LHDN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir



Leave a Reply

Your email address will not be published.