Loke minta Salahuddin jangan kelirukan ahli

Loke minta Salahuddin jangan kelirukan ahli

DAP menggesa pimpinan Pakatan Harapan (PH) membincangkan isu kerjasama politik dalam mesyuarat Majlis Presiden dan bukan melalui kenyataan terbuka.

Setiausaga Agung DAP Anthony Loke berkata perkara itu penting untuk memastikan tidak ada kekeliruan di kalangan anggota dan penyokong PH.

“Segala keputusan mengenai hala tuju dan kerjasama di luar kerangka PH mesti diputuskan secara bersama oleh Majlis Presiden PH,” kata Loke.

Loke berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang menyeru PH membuka ruang kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Sebuah portal berita berbahasa Inggeris semalam melaporkan Salahuddin mendesak kepimpinan PH berbincang dengan semua parti pembangkang, termasuk PN, menjelang pilihan raya umum.

Bercakap dalam majlis berbuka puasa bersama pengamal media semalam, dia berkata, perkara silam bukan penghalang untuk mejalinkan kerjasama semula.

“Sebagai ahli politik, saya percaya tiada yang mustahil,” dia dipetik sebagai berkata.

‘Pandangan peribadi’

Dalam kenyataan hari ini, Loke menyifatkan idea Salahuddin itu sebagai pandangan peribadi kerana ia tidak pernah diputuskan dalam Majlis Presiden PH.

Malah, katanya, isu kerjasama dengan PN untuk pilihan raya umum depan tidak timbul kerana PN merupakan sebahagian daripada blok kerajaan sedia ada.

“Konsep ‘Khemah Besar’ yang dipersetujui dalam Resolusi Port Dickson merujuk kepada kerjasama dalam blok pembangkang,” katanya.

Malah, Loke berkata kerjasama dengan PN amat sukar memandangkan sejarah hitam mereka dengan parti komponennya.

PN dianggota oleh Bersatu, PAS dan Gerakan.

Dalam penjajaran semula kerjasama politik tanah air dua tahun lalu, Bersatu meninggalkan PH untuk membentuk kerajaan baru dengan BN dan PAS.

Parti itu bagaimanapun tidak lagi menjadi parti dominan selepas Umno merampas kedudukan itu dan menjatuhkannya daripada kerusi perdana menteri. Mk

Loke minta Salahuddin jangan kelirukan ahli


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker