Ronaldo kembali ke rumah selepas trauma kehilangan anak



Ronaldo kembali ke rumah selepas trauma kehilangan anak

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo gembira dapat kembali ke rumah bersama keluarga tersayang beberapa hari selepas trauma kematian bayinya yang baharu lahir.

Pasangannya, Georgina Rodriguez, 28, dan kembar bayi lelaki yang meninggal dunia itu kembali ke rumah tiga hari selepas keluarga berkenaan mengumumkan berita sedih itu.

Menerusi Instagram, pemain Manchester United berusia 37 tahun itu berterima kasih kepada peminat atas sokongan mereka sambil menambah;

“Ini adalah waktu untuk bersyukur atas kehidupan yang baharu kami terima di dunia ini.”




Gambar tersebut menunjukkan Ronaldo memangku bayi perempuan yang baharu lahir itu sambil memegang anak perempuannya, Alana Martina.

Isnin lalu, pasangan berkenaan dikurniakan kembar lelaki dan perempuan namun Ronaldo memuatnaik di laman sosial bahawa anak lelakinya itu meninggal dunia.

Ramai peminat mendoakan agar Ronaldo tabah menghadapi dugaan ini. MG

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);




KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Ronaldo kembali ke rumah selepas trauma kehilangan anak


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir



Leave a Reply

Your email address will not be published.