Riwayat Politk Husam Musa bakal ditamatkan

Bekas naib presiden Amanah, Husam Musa, dikhabarkan tidak dicalonkan untuk bertanding mana-mana kerusi parlimen di Kelantan setakat ini.

Seorang aktivis Save Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz, memberi gambaran berhubung perkara itu melalui hantaran di Facebook semalam.

“Takziah Dato Husam Musa, pengerusi Save Kelantan merangkap Ketua Amanah Kota Bharu tidak tercalon kerusi Parlimen pada PRU ke-15 nanti di Kelantan,” katanya ringkas.



Husam merupakan bekas pemimpin kanan PAS yang pernah menjadi naib presiden parti itu sebelum berlaku krisis dalaman yang membawa dia menyertai Amanah.

Melalui Amanah-Pakatan Harapan (PH), dia yang pernah mejadi exco kanan Kelantan diletakkan untuk bertanding di kawasan parlimen Kota Bharu pada 2018.

Bagaimanapun dia tewas kepada calon PAS, Takiyuddin Hassan dengan majoriti 5,869 undi.

Sebagai rekod pada Sept 2020, dia meletakkan jawatan naib presiden Amanah dan kemudiannya aktif bergerak bersama Save Kelantan.



Sementara itu Malaysiakini difahamkan Amanah akan mempertaruhkan Ketua Wanita Amanah Kelantan Dr Hafidzah Mustakim sebagai calon di Kota Bharu.

Selain itu sumber memaklumkan Amanah bertanding di tujuh kerusi parlimen di Kelantan iaitu Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Rantau Panjang, Tumpat, Kuala Krai, Pasir Puteh dan Kubang Kerian.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka



Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan

Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker