Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Nama bekas isteri kepada pelakon, Fizo Omar iaitu Mawar Karim tiba-tiba menjadi perhatian selepas ada pihak menuduh dirinya berhutang sehingga mendakwa Mawar boleh bangkrap. Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan oleh Mawar dan mendedahkan ada pihak cuba menjatuhkannya.

Terkini, Mawar sekali lagi dikatakan sudahpun bernikah dengan suami baru sebelum bulan Ramadan secara senyap-senyap dengan seorang jutawan di sebuah pusat peranginan.

Dakwaan itu turut dinafikan oleh Mawar tetapi dia mengakui sedang berkawan dan mengenal hati budi seseorang lelaki sejak tahun lalu.

Tidak ada, saya nafikan sebab saya masih proses mengenali seseorang. Saya harap doakan yang baik-baik supaya saya dapat belajar daripada pengalaman perkahwinan sebelum ini dan betulkan keadaan supaya tidak berulang lagi.

Mawar juga memberi bayangan mungkin akan bernikah dalam tahun ini. Apapun, dia mahu menyelesaikan dahulu kes mahkamah yang perlu dilaluinya sebelum memikirkan soal kahwin.

Dia turut cuba bertanya tentang adakah calon suaminya seorang ahli politik atau dalam kalangan selebriti. Mawar kemudian memberitahu lelaki itu hanya orang biasa dan mempunyai perniagaan sendiri.

Status saya mengenali seseorang sekarang ni dan dia orang biasa sahaja. Kami masih mencari chemistry antara anak saya Maryam dan orang tersebut. Berhubung status lelaki tersebut saya tak boleh nak berkongsi dan komen apa-apa.

Kita doakan sahaja agar Mawar dan anaknya ditemukan dengan seorang lelaki yang bertanggungjawab dan dapat bahagiakan mereka hingga akhir hayat hendaknya. OM

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker