NASA rancang misi cari hidupan di Enceladus, Uranus



GAMBAR menunjukkan permukaan bulan keenam terbesar di Zuhal, Enceladus. – NASA

WASHINGTON – Satu laporan saintifik mendedahkan bahawa misi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang seterusnya akan mengutamakan penerokaan Enceladus iaitu bulan Zuhal dan Planet Uranus, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Pada tempoh selang 10 tahun, Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat (NAS) akan menyediakan laporan bagi mengenal pasti matlamat penerokaan angkasa lepas baharu untuk NASA dan Yayasan Sains Kebangsaan Amerika Syarikat (NSF).

Menerusi laporan bagi tahun 2022, pakar-pakar bersetuju bahawa keutamaan harus diberikan kepada misi mengumpul sampel tanah dari Planet Marikh dan membawanya ke Bumi.

Projek yang dinamakan inisiatif Mars Sample Return oleh NASA itu dilakukan menggunakan kenderaan penerokaan, Mars Perseverance yang sudah memulakan fasa pertama misi tersebut.

Dua lagi misi Mars Sample Return dirancang untuk menyoroti penerokaan Perseverance menuju ke Kawah Jezero dalam usaha untuk mencari jawapan kepada persoalan sama ada kehidupan pernah wujud atau masih boleh wujud di Marikh.




“Hanya dengan membawa balik sampel Marikh, barulah kita boleh menjawab persoalan tersebut dengan melakukan eksperimen di dalam makmal yang canggih dan terkini, manakala generasi akan datang boleh mengkajinya menggunakan teknik baharu di masa hadapan,’’ kata NASA.

Bagaimanapun, dua projek baharu yang disebutkan dalam laporan itu adalah berkaitan misi pertama untuk mengorbit Uranus dan pendaratan di bulan keenam terbesar di Zuhal, Enceladus. Kedua-dua misi itu mungkin dilaksanakan pada awal tahun 2030-an.

Dalam laporan itu, kapal angkasa pengorbit akan mengorbit Uranus selama beberapa tahun manakala misi berasingan menggunakan kenderaan darat akan meninjau suasana planet sejuk itu untuk menentukan bahan buatannya.

“Ini akan menjadi misi pertama yang tertumpu kepada salah satu gergasi ais (Uranus) yang penting kerana kita (manusia) fikir ia hanya planet biasa di alam semesta,’’ kata penulis laporan itu, Robin Canup daripada Institut Penyelidikan Barat Daya di Colorado. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392




Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir



Leave a Reply

Your email address will not be published.