Didakwa rogol remaja, edar gambar pornografi



Didakwa rogol remaja, edar gambar pornografi

Kota Bharu: Seorang pemandu jentera berat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan di dalam semak, mengedar gambar pornografi mangsa dan memiliki video pornografi sejak tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Naziman Rosdi, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 15 tahun lima bulan di dalam semak di Pantai Kemasin, Bachok jam 3 petang pada 14 Mei 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.




Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengedar gambar pornografi milik mangsa kepada bapa remaja itu yang berusia 36 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Telok Merbau, Perupok dekat Bachok jam 2.30 petang, pada 11 April 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan tiga sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, Muhammad Naziman didakwa memiliki video pornografi kanak-kanak di dalam telefon bimbitnya semasa berada di dalam Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok jam 8.30 malam pada 13 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.




Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Abu Arsalnaa tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.

Muhammad Naziman dalam rayuannya memohon mahkamah membenarkan ikat jamin diberikan kepadanya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan.

Pada masa sama, tertuduh perlu mematuhi syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa dan melapor diri di Balai Polis Bachok setiap bulan.




Mahkamah turut menetapkan 24 Mei ini untuk sebutan semula kes. HM

Didakwa rogol remaja, edar gambar pornografi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir



Leave a Reply

Your email address will not be published.