Aliff Syukri perang dengan isteri kes baring dengan jantan-jantan



Aliff Syukri perang dengan isteri kes baring dengan jantan-jantan

Penyanyi lagu Kelepok Raya, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bergaduh dengan isterinya selama empat hari berikutan babak ‘berbaring’ dalam video muzik lagu terbaharunya itu yang mengundang kecaman dan kontroversi.

Dalam babak itu, Aliff dilihat berbaring dengan ramai penari lelaki yang lengkap berbaju Melayu dalam keadaan yang dianggap tidak bersesuaian dengan konsep lagu.

“Disebabkan babak (berbaring) itu, saya bergaduh dengan isteri saya selama empat hari. Ini pun baru sahaja baik,” katanya kepada Harian Metro.

Diminta mengulas mengenai babak yang dikecam hebat itu, Aliff berkata, dia mengambil inspirasi daripada penyanyi, Britney Spears.




“Inspirasi saya adalah Britney Spears. Saya nak macam tu. Zaman saya dulu, penyanyi-penyanyi yang popular adalah Nsync, Britney Spears, Backstreet Boys, Christina Aguilera dan ramai lagi.

“Saya imaginasikan Britney Spears, tapi disuntik ke dalam lagu saya,” katanya.

Aliff juga menegaskan bahawa penari-penari dalam video muzik itu adalah mereka yang bekerja sebagai penari profesional.

“Penari-penari yang kami ambil adalah dari Istana Budaya. Mereka adalah penari profesional dan pernah menjadi penari untuk Anugerah Juara Lagu serta pelbagai artis.

“Mereka ada kerjaya tetap dan ada antara mereka terdiri daripada pensyarah dan ada seorang lagi itu, kerja sebagai askar.




“Dalam kerjaya sebagai askar pun ada biro atau bahagian kebudayaan. Bila anda menghina, tahu tak mereka semua ada tahap pendidikan yang tinggi, ada ijazah dan sebagainya,” katanya.

Kelepok Raya turut menampilkan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Solehah. HM

Aliff Syukri perang dengan isteri kes baring dengan jantan-jantan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir



Leave a Reply

Your email address will not be published.