Tahanan lolos depot imigresen berbahaya – Polis Kedah

Tahanan lolos depot imigresen berbahaya – Polis Kedah

Etnik Rohingya yang melarikan diri daripada tahanan Imigresen Sungai Bakap di Depot Tahanan Sementara Relau di sini disifatkan berbahaya, selain dikhuatiri menceroboh kediaman penduduk setempat.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, seramai 176 tahanan dilaporkan masih bebas setakat ini dan pihaknya bimbang etnik tersebut boleh melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri mereka.



“Kita juga bimbang elemen ceroboh kediaman penduduk berlaku kerana rata-rata mereka berada dalam keadaan lapar.

“Bagaimanapun, Polis Kontinjen Kedah telah melancarkan Ops Cantas dengan kerjasama Polis Pulau Pinang untuk mengesan mereka yang masih bebas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bandar Baharu di sini hari ini.

Mengulas mengenai punca kejadian Wan Hassan berkata, siasatan awal mendapati wujud elemen tidak puas hati ketika tahanan berada di depot tersebut sebelum mereka merusuh dan melarikan diri.

Jelas beliau, ketika kejadian seramai 23 pegawai dan anggota sedang bertugas di depot tersebut namun gagal mengawal keadaan memandangkan jumlah tahanan meloloskan diri terlalu ramai.



“Seramai 664 tahanan ditempatkan di depot tersebut dan 528 daripadanya bertindak melarikan diri namun kita telah mengesan 352 tahanan termasuk enam daripadanya maut dalam kemalangan.

“Usaha mengesan 176 tahanan yang masih bebas sedang giat dijalankan dan kita minta masyarakat menghubungi pihak polis sekiranya lihat etnik Rohingya dalam keadaan mencurigakan sekitar kawasan perumahan mereka.

“Mereka (tahanan) mudah untuk dikenal pasti kerana kesemua mereka lari dalam keadaan berkaki ayam,” kata Wan Hassan.

Wan Hassan turut mengingatkan orang awam agar tidak melindungi kesemua tahanan tersebut.



Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan serta 224 akta yang sama. MG

Tahanan lolos depot imigresen berbahaya – Polis Kedah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan



Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker