Daim disyaki ada banyak lagi harta belum diisytihar – SPRM

Daim disyaki ada banyak lagi harta belum diisytihar – SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin memanggil Daim Zainuddin sekali lagi bagi membantu siasatan terhadap bekas menteri kewangan itu.

Ini selepas agensi antirasuah itu mengesyaki Daim mungkin mempunyai lebih banyak harta yang belum diisytiharkan kepada pihak berkuasa.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, pegawai penyiasat agensi itu baru-baru ini menerima maklumat baru mengenai aset milik Daim dan kini sedang berusaha untuk menyiasat kesahihan dakwaan tersebut.

“Siasatan (terhadap Daim) masih diteruskan.

“Kita kena buat banyak pengesahan harta-harta yang tak diisytiharkan. Jadi menjadi tanggungjawab kita untuk menyemak harta-harta yang kita dapat maklumat tak isytiharkan,” katanya.

Azam bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut.

Sumber yang rapat dengan siasatan itu menyebut antara aset lain yang disiasat ialah hartanah, saham dan akaun bank di Malaysia dan di luar negara.

Pegawai SPRM itu berkata pegawai penyiasat memerlukan lebih banyak masa memandangkan suruhanjaya itu memerlukan bantuan daripada agensi berkaitan di luar negara.

“Pada peringkat ini belum (panggil untuk soal siasat). Biar pegawai penyiasat kumpul (maklumat) harta-harta lainyang kita syak di dalam dan luar negara.

“Saya jangka kalau banyak maklumat lagi diperolehi, dia akan dipanggil kemudian,” kata Azam ketika ditanya sama ada Daim akan dipanggil sekali lagi.

Minggu lalu, Daim didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana gagal mematuhi notis SPRM untuk mengisytiharkan harta meliputi 38 syarikat, 25 unit hartanah, tujuh kenderaan mewah, dan dua akaun dana pelaburan.

Dia mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Selain itu, SPRM berkata mereka juga meneruskan siasatan lain terhadap jutawan itu atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram. Mk

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skandal Spanco, siapa terbabit?

Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab

Memang kami lepak dengan Hot Daddy

Saharul Ridzwan jual rumah pula

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker