KPN, Panglima Angkatan Tentera tiba di Perdana Putra

KPN, Panglima Angkatan Tentera tiba di Perdana Putra

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dilihat memasuki Perdana Putra, Putrajaya pada 9.20 pagi tadi.

Tidak lama selepas itu, kenderaan membawa Panglima Angkatan Tentera, Affendi Buang pula dilihat memasuki pintu utama bangunan Pejabat Perdana Menteri berkenaan pada jam 9.31 pagi.



Dalam perkembangan sama, kenderaan yang membawa Peguam Negara, Idrus Harun juga dilihat memasuki Pintu 2, Istana Negara pada 9.30 pagi ini.

Petugas media mula berkumpul di beberapa lokasi di sekitar ibu negara termasuk Istana Negara dan kediaman Muhyiddin Yassin sejak awal pagi tadi, selain pintu masuk utama bangunan Pejabat Perdana Menteri bagi meninjau lebih dekat perkembangan terkini politik tanah air.

Kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri dipersoalkan apabila Umno semalam membuat ketetapan menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin. Keabsahan pentadbiran Muhyiddin juga menjadi tanda tanya apabila Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Nasarah meletak jawatan serta-merta.

Pergolakan politik tanah air terus memuncak apabila sekurang-kurangnya 11 Ahli Parlimen difahamkan menghantar akuan menarik sokongan terhadap perdana menteri untuk diserah kepada Yang di-Pertuan Agong.



Difahamkan, Ahli Parlimen berkenaan ialah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Ahmad Maslan (Pontian) yang juga Setiausaha Agung Umno, Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Najib Razak (Pekan), Azalina Othman Said (Pengerang), Mohd Nizar Zakaria (Parit), Azeez Abdul Rahim (Baling) dan Noh Omar (Tanjung Karang).

Ahli Parlimen lain adalah Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands), Ahmad Nazlan Idris (Jerantut) dan Ahmad Jazlan Yaakub (Machang). FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

KPN, Panglima Angkatan Tentera tiba di Perdana Putra




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker