Kerajaan wajar tentu tempoh masa penggunaan MySejahtera, MySJTrace – Tok Mat

Kerajaan wajar tentu tempoh masa penggunaan MySejahtera, MySJTrace – Tok Mat

Kerajaan perlu menentukan tempoh masa untuk memutuskan rasional penerusan pendaftaran melalui MySejahtera dan kewajipan pengaktifan MySJTrace.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata, rakyat tidak seharusnya dibebani dengan mekanisme ‘surveillance’ yang secara langsung, mencerobohi privasi dalam pergerakan dan kehidupan seharian mereka



“Tentukanlah tempoh masa, sebelum semua ini boleh kita hentikan, demi normalisasi kehidupan rakyat Malaysia sama seperti sebelum pandemik,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad berkata, laporan pelantikan entiti persendirian, MySJ Sdn Bhd yang mengendali aplikasi untuk fasa seterusnya adalah membimbangkan dan menimbulkan beberapa kekeliruan yang wajar dijelaskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, rakyat juga berhak mengetahui rasional dan motif serta kemampuan entiti yang terlibat susulan tindakan melantik MySJ Sdn Bhd melalui mekanisme rundingan terus, dan bukannya melalui tender terbuka.

“Apalagi kerana keputusan sebegini melibatkan pengurusan data peribadi dan maklumat kesihatan, pergerakan dan tren kehidupan puluhan juta rakyat Malaysia,” katanya.



Mengenai cadangan menaik-taraf penggunaan aplikasi, Mohamad berkata, adalah penting untuk kerajaan melaksanakan mekanisme semak dan imbang bagi memastikan keutuhan maklumat peribadi rakyat Malaysia tidak dikompromi.

Katanya, segala tujuan naik-taraf selain pengawalan pandemik memerlukan kerajaan melakukan libat urus yang komprehensif dengan semua pemegang taruh, terutamanya rakyat Malaysia.

“Segala rencana menaik-taraf penggunaan aplikasi tersebut, bagi memudahkan urusan pendermaan organ atau apa jua urusan kesihatan yang lain, walaupun bermanfaat, namun adalah tidak selari dengan tujuan asal pembangunan aplikasi tersebut.

“Dan sekiranya cadangan menaik taraf dan mempelbagaikan fungsi MySejahtera ini ingin dilakukan, mekanisme semak dan imbang sangat diperlukan,” katanya.



Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan bersetuju meneruskan perkhidmatan MySejahtera selepas tempohnya tamat pada 31 Mac 2021, atas faktor keteguhan dan keupayaan dinamik teknologinya.

Sehubungan itu, katanya kerajaan meneruskan kerjasama dengan pihak syarikat dalam melaksanakan peningkatan fungsi aplikasi sehingga apa yang digunakan ketika ini. FMT

Kerajaan wajar tentu tempoh masa penggunaan MySejahtera, MySJTrace – Tok Mat


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah



Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker