Minit mesyuarat PN bocor: Nafi jika tak benar

Minit mesyuarat PN bocor: Nafi jika tak benar

Seorang pemimpin Umno mendesak pemimpin Perikatan Nasional (PN) menafikan segera sekiranya kebocoran minit mesyuarat yang dikatakan merancang untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak benar.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Shabery Cheek berkata, tindakan itu perlu kerana PAS dan Bersatu yang menganggotai PN adalah parti dalam kerajaan.



“Oleh kerana ia melibatkan kepimpinan parti yang bersama kerajaan, elok ada penafian segera sekiranya ia tak benar.

“Wikileak ialah pendedahan dokumen-dokumen sulit antarabangsa sejak tahun 2006.

“Apakah akan wujud ‘Pasleak’ pula kalau tidak ada penafian daripada MB Terengganu (Ahmad Samsuri Mokhtar) sebagai tokoh penting dalam dokumen ini?,” soalnya.

Sejak beberapa hari lalu, keratan minit mesyuarat serta agenda untuk menjatuhkan pemimpin Umno termasuk mempercepatkan hukuman terhadap Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tular di media sosial.



Antara kandungan lain ialah rancangan mengenai tindakan untuk menjatuhkan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan mengaitkannya dengan kluster mahkamah.

Beberapa watak utama didakwa terlibat dalam plot menjatuhkan Umno ketika ini ialah Ahmad Samsuri yang juga naib presiden PAS; Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan; Ketua Penerangan PN, Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin dan beberapa individu lagi. FMT

Minit mesyuarat PN bocor: Nafi jika tak benar


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan



Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker