Ahmad Jazlan Minta Jangan Kritik Dan Bermulut Jahat Terhadap Pas Kelantan

Ahmad Jazlan Minta Jangan Kritik Dan Bermulut Jahat Terhadap Pas Kelantan

MACHANG: Datuk Ahmad Jazlan Yaakub meminta ketua bahagian dan cawangan UMNO Kelantan agar tidak menggunakan kempen dan ceramah yang mengguris hati pemimpin dan ahli Pas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu berkata, pendekatan UMNO dalam penerangan atau ceramah ialah, mengelak dari mengeluarkan perkataan-perkataan kurang enak dan kasar sehingga boleh menimbulkan rasa tidak selesa parti lawan.

“Saya sentiasa mengingatkan dalam mesyuarat perhubungan UMNO Negeri kepada ketua bahagian, ketua sayap, Wanita, Pemuda atau Puteri, agar selepas ini, apabila kita memasuki endemik dan ada ceramah, jangan guna bahasa kurang sopan dan tidak elok.

“Sebaliknya, gunalah bahasa yang elok-elok. Tak payah cakap keburukan lawan kita. Cakap apa yang kita nak buat. Kerana rakyat sudah jemu dengan ceramah atau siaran media sosial yang menceritakan keburukan lawan,” katanya kepada pemberita pada program Iftar Ramadan bersama Felcra Berhad.

Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi Felcra Berhad berkata demikian ketika diminta mengulas pendekatan UMNO Kelantan dalam siri kempen dan ceramah politik di Kelantan.

Ini bermakna UMNO Kelantan bakal bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan serta menentang calon dari Pas dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata, siri ceramah dan penerangan dalam kelompok kecil di bahagian dan kawasan sudah dimulai dengan pendekatan kempen gerak kerja UMNO Kelantan untuk bertanding sendirian.

Bahkan, katanya, kempen dan penerangan UMNO Kelantan yang dimulai turut menjelaskan kepada rakyat Kelantan kegagalan Pas mentadbir Kelantan selama lebih 30 tahun dengan pelbagai isu membabitkan masalah bekalan air, kebersihan, peluang pekerjaan dan sebagainya.

“Kita tidak menyerang individu atau bermulut celupar mengkritik Pas Kelantan dengan perkataan kurang sopan.

“Sebaliknya, pendekatan kempen kita lebih kepada memberi maklumat kepada rakyat tentang kegagalan pentadbiran Pas di Kelantan selama lebih 30 tahun,” tambahnya.

Untuk rekod, Pimpinan Pas Kelantan sebelum ini melahirkan kekecewaan susulan kenyataan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh Datuk Zawawi Othman menggelarkan ‘tiga jahanam’ kepada pemimpinnya.

Gelaran itu dilontarkan Zawawi ketika ucapan perwakilan di Perhimpunan Agong UMNO lalu.

Pemimpin yang dimaksudkan Zawawi itu ialah Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Ketiga tiga individu berkenaan dakwa Zawawi sebagai bermulut jahat yang mana katanya UMNO tidak boleh mengadakan kerjasama selagi individu berkenaan berada dalam Pas.-AA

Ahmad Jazlan Minta Jangan Kritik Dan Bermulut Jahat Terhadap Pas Kelantan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker