Saifuddin sekolahkan Rafizi dan Nurul Izzah

Saifuddin sekolahkan Rafizi dan Nurul Izzah

Calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membidas sikap gopoh rakannya dalam parti itu mendedahkan kepada umum konon Pakatan Harapan (PH) tidak boleh menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Katanya, bukan setakat beliau, dua rakan gabungan PH iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP juga tidak bersetuju dengan tindakan mempertikaikan kebolehan parti sendiri, kemudian dimaklumkan kepada umum.

“Adakah patut, kita beritahu pada tentera kita, kita akan kalah dalam perang ini ketika kita telah susun tentera kita nak pergi berperang.

“Nak jadi pemimpin parti politik atau panglima tentera, kalau kita sedar ada masalah untuk menang, kita sepatutnya bina strategi. Pastikan strategi itu boleh memenangkan kita.

“Banyak cara nak bina strategi, antaranya membuat jaringan dan kerjasama, bukan beritahu kita akan kalah,” katanya dalam satu majlis di Kedah, semalam.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar

Rafizi dalam pandangannya kepada media baru-baru ini dilaporkan berkata, lebih realistik PKR dan PH mensasarkan menjadi pembangkang bermaruah berbanding berkeyakinan terlalu tinggi untuk menang PRU15.

Nurul Izzah pula berkata, PH diramalkan tewas pada dua lagi pusingan PRU sebelum menguasai Putrajaya.

Saifuddin Nasution yang juga Setiausaha Agung PKR menasihatkan rakannya itu agar perkara berkaitan kelemahan parti elok dimaklumkan dalam bilik strategi untuk sama-sama mencari formula bagaimana untuk memenangkan PH. MG

Saifuddin sekolahkan Rafizi dan Nurul Izzah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker