PAS sertai kerajaan jika syarat dasar diterima – PM

Ketika Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai perdana menteri sebuah kerajaan perpaduan tahun lalu, dia telah memberikan tawaran untuk PAS menyertai kerajaan.

Walaupun PAS menolak tawaran itu ketika itu, Anwar berkata dia tidak akan menghalang kerjasama itu pada masa hadapan.

Dalam temu bual Time Magazine yang disiarkan dalam talian semalam, Anwar mengesahkan bahawa memang ada tawaran kepada PAS untuk menyertai pentadbirannya.



“Tentang sama ada kita bersedia untuk melibatkan diri dengan mereka, sudah tentu kita lakukan. Kita mesti.

“Dan saya telah menghantar [jemputan] kepada mereka … Ya, saya telah terbuka dengan idea itu sejak awal.

“Lagipun ini adalah kerajaan perpaduan dan kita melakukan yang terbaik untuk negara kita,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar berkata, syarat dasar utama ialah, agar PAS menerima bahawa walaupun Islam adalah agama bagi Persekutuan, Malaysia adalah sebuah negara berbilang agama, dan setiap rakyat mempunyai tempat.



Ditanya apakah jawapan PAS, Anwar mendakwa tidak ada penolakan yang jelas mahupun respons positif.

“Iklim politik masih agak panas, jadi kami akan biarkan ia sejuk untuk beberapa waktu,” tambahnya.

Bagaimanapun, Anwar memberi gambaran bahawa pintu untuk PAS menyertai pentadbirannya masih terbuka.

“Saya tidak mahu menghalang (PAS menyertai kerajaan). Sudah tentu, bergantung kepada syarat dasar utama ini diterima,” katanya.



Pada awal Mei lalu, wakil Anwar mendakwa perdana menteri mahu menghidupkan semula hubungannya dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Ini dilihat sebagai usaha perdana menteri untuk ‘memikat’ PAS.

Bagaimanapun, PAS sebagai sebahagian daripada PN, tetap memusuhi Anwar dan kerajaannya – sering menggunakan kata-kata perkauman dalam kempen mereka.

Ditanya bagaimana dia merancang untuk memerangi kebangkitan “retorik ketuanan Melayu-Islam”, Anwar menggariskan tiga pendekatan.



“Pertama, pembangunan ekonomi. Sistem yang lebih adil dan saksama supaya tiada masyarakat atau sebahagian negara dilihat diabaikan atau dipinggirkan.

“Kedua, sudah tentu, pendidikan, kerana ekstremisme, perkauman, ketaksuban agama, membiak dengan mudah di kalangan segmen penduduk yang lebih jahil.

“Apabila saya katakan jahil, saya tidak bermaksud anda tidak layak, anda tidak pergi ke universiti. Maksud saya kurangnya pemahaman tentang mesej keseluruhan agama yang bergantung kepada sebahagian daripada mullah dan syeikh, dengan tafsiran yang sempit dan kabur,” katanya.

Pendekatan ketiga, katanya, adalah untuk menyedarkan golongan berkenaan bahawa walaupun Malaysia adalah sebuah negara yang majoritinya beragama Islam, ia masih sebuah negara berbilang kaum.



“Kita telah bertahan beratus-ratus tahun dengan kehadiran penganut Buddha, Hindu dan Kristian. Tidak ada sebab mengapa anda perlu mengganggu ini dan menimbulkan permusuhan,” katanya.

Secara berasingan, mengenai subjek sama ada Najib Abdul Razak akan mendapat pengampunan, Anwar berulang kali mengulangi bahawa dia akan menyerahkan keputusan itu kepada Agong, yang menurutnya tidak memerlukan nasihatnya mengenai perkara itu.

Didesak mengenai apa yang akan dilakukannya jika pengampunan Najib dibawa kepadanya, Anwar menjawab: “Saya akan mempertimbangkannya”.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker