Saya hanya tunggu penafian – Zahid Hamidi
Saya hanya tunggu penafian – Zahid Hamidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membayangkan berlaku satu konspirasi dan pakatan membabitkan Peguam Negara dan Institusi Kehakiman susulan satu laporan risikan pemimpin Pas yang tular di media sosial semalam.
Menurut Ahmad Zahid, laporan itu memetik kenyataan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara bersetuju membantu percepatkan kes dan menjatuhkan hukuman membabitkan kes dihadapi beliau dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kalau betul apa yang terdedah itu adalah pendapat TSMY (Muhyiddin), maka ianya membayangkan sudah berlakunya satu konspirasi dan pakatan haram antara pemimpin politik dengan AG (Peguam Negara) dan CJ (Ketua Hakim Negara).
“Kalau betul, sudah berlaku kerosakan sistem ‘judiciary’ dan kehakiman negara,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.
Semalam tular di media sosial beberapa keratan minit mesyuarat serta agenda PN yang mana tercatit beberapa pelan atau gerak kerja untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika ini.
Beberapa nama besar yang terlibat dalam plot menjatuh serta mengucar-kacirkan UMNO ketika ini didakwa melibatkan juga beberapa pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas.
Laporan itu mendakwa Muhyiddin dalam urusan mahkamah Ahmad Zahid dan Najib, Peguam Negara dan Ketua Hakim setuju membantu percepatkan kes dan jatuh hukum.
Selain itu, Ahmad Zahid kemudian berkata, beliau hanya tunggu sekiranya ada penafian dan laporan polis terhadap pendedahan laporan risikan itu.
“Sekurang-kurangnya Perdana Menteri boleh tanya AG betul ke pendapat TSMY itu. Betul ke sudah ada ‘kolusi’ di antara pemimpin politik dengan AG dan CJ? Tak susah sebenarnya kalau nak cari kebenaran dalam hal ini,” soal beliau. Utusan
Saya hanya tunggu penafian – Zahid Hamidi
Baca Artikel Menarik:
- ADUN DAP Pasir Berdamar Terrance Naidu Didakwa Ambil Dadah
- Seni tahi anjing kaulah, Bonda Rozita selar Aliff Syukri
- Rina Harun Dihentam Kerana ‘Photo Op’ Dengan Mangsa Penderaan Bella
- Berdosa peguam bela pihak yang salah, wang diterima haram – MAZA
- Raja Zarith murka ada individu salah guna kurniaan istana
- Najib sekolahkan Kit Siang samakan Malaysia dengan Sri Lanka
- Pengetua sekolah bertunang dengan murid
- Budak 10 tahun mati dihempap pokok 100 tahun
- Penceramah bebas ditahan bantu siasatan kes amang seksual fizikal
- Jual Kerepek Nak Balik Raya Selepas 2 Kali Kehilangan Kerja [VIDEO]
- Dedah Perangai Ira Kazar, Suka Kejar Suami Orang
- Isteri Kantoi Curang Ketika Suami Pergi Solat Tarawih [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura