Mahathir, Tommy Thomas dan Peguam Negara WAJIB jawab

Oleh Nurul Aishah

CAMPUR tangan Mahathir dalam negara kini dilihat semakin melampau dan tidak lagi boleh di terima. Dari projek-projek mega sehingga isu anak taikun ditangkap isu disyaki tanam pokok ganja tidak lepas dari cengkaman ayah Mukhriz ini.

Mahathir diminta komen berkenaan isu hangat mengenai kes anak taikun yang disyaki menanam berpuluh pokok ganja digugurkan ataupun dikurangkan tuduhan dadah namun beliau tidak menjawab.

Bekas peguam negara Tommy Thomas pula menepis dakwaan bahawa dia bersikap korup semasa mengendalikan kes jenayah ke atas anak lelaki ahli perniagaan terkenal, Vincent Tan tersebut.

Thomas telah membalas secara rasmi bahawa dia tidak mengaku menerima suapan untuk gugurkan kes tetapi dia mengesahkan dia cuma kurangkan tuduhan terhadap anak taikun tersebut.

Jawapan Thomas tersebut tidak menjawab persoalan sebenar.

Dalam perkara ini, Datuk Seri Najib menerusi laman Facebook beliau mahu Dr. Mahathir bin Mohamad, Tommy Thomas dan juga peguam negara hari ini menjawab persoalan di bawah.

1. Kenapa tuduhan dikurangkan seperti diakui Tommy dan tuduhan tersebut telah dikurangkan dari seksyen apa ke sekysen mana?

2. Apa telah terjadi bagi kes tahun 2019 ini?

3. Apa hukuman yang telah dikenakan ke atas anak taikun berkenaan setelah tuduhan dikurangkan oleh Tommy sedangkan orang biasa yang juga didapati menanam 16 ataupun 20 buah pokok ganja telah dihukum penjara seumur hidup atau menghadapi tali gantung?

4. Adakah kerajaan hari ini patut siasat sekiranya wujudnya salah guna kuasa ketika pentadbiran kerajaan PH dan PN masa itu?

Tiga individu yang dinamakan di atas wajib menjawab 4 persoalan yang dikemukakan. Rakyat mahu tahu kebenarannya. Kenapa ada “double standard” dalam isu hukuman penanaman pokok ganja?

Pendedahan di atas telah dibuat di akaun Twitter Edisi Khas yang tidak dikenali pengendalinya. Dalam ciapannya, Edisi Khas mendakwa salah seorang anak lelaki Tan ditahan atas kesalahan dadah pada 2019 tetapi didakwa mereka sudah dilepaskan oleh Thomas.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker