Kucing milik pesakit Covid-19 disumbat dalam plastik untuk disembelih

Kucing milik pesakit Covid-19 disumbat dalam plastik untuk disembelih

SHANGHAI – Satu rakaman video yang memaparkan tindakan polis Shanghai menyumbat kucing hidup di dalam plastik sampah untuk disembelih menjadi tular di media sosial, lapor akhbar The Sun UK, semalam.

Klip menyayat hati itu menunjukkan sembilan beg plastik sampah besar diletakkan di tepi jalan dengan terdapat kucing-kucing pada bahagian dalamnya yang dilihat masih lagi bergerak.

Video itu dikongsi di Twitter beserta keterangan yang berbunyi ‘26 juta orang terkurung di Shanghai’.

“Orang ramai membunuh diri dengan terjun dari balkoni rumah dan haiwan peliharaan milik individu yang diuji positif Covid-19 sedang dikumpulkan untuk dibunuh dan disembelih di Shanghai.

“Ini yang berlaku di China,” tulis keterangan video.

Seramai 26 juta penduduk Shanghai telah dikenakan perintah berkurung yang sangat ketat selama lebih lima minggu dengan pihak berkuasa China membenarkannya sebagai satu cara untuk mengawal penularan kes Covid-19 di bandar itu.

Shanghai sedang bergelut untuk membendung wabak itu dengan lebih 20,000 kes Covid-19 sehari dilaporkan setakat ini. K Online

Kucing milik pesakit Covid-19 disumbat dalam plastik untuk disembelih


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker