Laporan penuh siasatan dakwaan buku Tommy Thomas siap Jun

Laporan penuh siasatan dakwaan buku Tommy Thomas siap Jun

Pembentangan laporan interim pasukan petugas khas (PPK) siasatan terhadap dakwaan dalam buku bekas peguam negara, Tommy Thomas, bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness”, dijangka menyiapkan laporan penuh, Jun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata laporan akhir itu akan dibentangkan untuk pertimbangan Jemaah Menteri bagi menentukan tindakan selanjutnya.

“PPK sudah menyediakan satu laporan interim yang dikemukakan dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan hari ini yang kemudian bersetuju dengan laporan berkenaan.

“Pasukan berkenaan dijangka menyiapkan laporan penuh menjelang penghujung Jun 2022,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, PPK berkenaan sudah mengadakan 10 mesyuarat membabitkan sesi perbincangan dan konsultasi dengan pelbagai pihak berkaitan.

Pihak yang terlibat antaranya Jabatan Peguam Negara, polis, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Kementerian Kewangan dan Kementerian Luar Negeri.

Ia termasuk Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, agensi kerajaan berkaitan serta individu yang dikenal pasti mulai 23 Dis 2021 hingga 12 Apr lalu.

“Pasukan ini menjalankan pemerhatian dan analisis secara menyeluruh terhadap buku terbabit berpandukan kepada terma rujukan yang diluluskan oleh Kabinet,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sesi perbincangan dan konsultasi yang diadakan membolehkan analisis dan pemerhatian diuji secara berkesan untuk mendapatkan bukti kesahihan fakta dan dakwaan ditimbulkan.

Pasukan terbabit dipengerusikan Penasihat Undang-Undang Sarawak dan bekas Peguam Besar Sarawak, Fong Joo Chung, manakala Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri bertindak sebagai urus setia.

Ia dianggotai bekas Setiausaha Kerajaan Sabah, Hashim Paijan serta bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang juga bekas Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Junaidah Kamaruddin.

Selain itu, bekas hakim dan Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, Jagjit Singh Bant Singh, peguam, Shaharudin Ali dan K Balaguru serta wakil Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) serta Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO). FMT

Laporan penuh siasatan dakwaan buku Tommy Thomas siap Jun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker