ACL 2022: Giliran Ulsan Hyundai dibaham JDT

Penyerang sensasi JDT, Bergson Da Silva meraikan gol kemenangan jaringannya ketika menentang Ulsan Hyundai pada perlawanan Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin.

 

KELAB sensasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan momentum positif saingan peringkat Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 apabila mengatasi Ulsan Hyundai 2-1 dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin.

Harimau Selatan pimpinan Benjamin Mora yang tampil dengan aura kemenangan 5-0 ke atas Guangzhou sebelum ini bermula garang sebaik bertiup wisel babak pertama.

Kegarangan Harimau Selatan dijelmakan menerusi tonggak import berbisanya Fernando Forestieri apabila bijak menterjemahkan hantaran Corbin-Ong dalam bentuk jaringan seawal minit ketiga yang ternyata mengelirukan penjaga gol Jo Hyeon-woo.



Jaringan Forestieri itu kekal sehingga kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan walaupun The Tigers melakukan beberapa percubaan untuk kembali semula ke dalam perlawanan sehingga berakhirnya 45 minit pertama yang diwarnai aksi berintensiti tinggi kedua-dua pasukan.

Bersambung babak kedua pengendali Ulsan, Hong Myung-bo kembali memperkemaskan bahagian jentera depan The Tigers.

Hasilnya, bintang muda Ulsan, Um Won-sang berusia 23 tahun yang masuk pada minit ke-46′ bagi mengantikan Yun Il-Lok membalas kepercayaan Myung-bo apabila merembat gol penyamaan pada minit ke-52′ selepas menterjemahkan hantaran Seol Young-woo.

Gol penyamaan itu ternyata tidak mengendurkan semangat juang para pemain tuan rumah, sebaliknya angkatan Mora kembali menyusun semula rentak dan tenang mencari gol pendahuluan.



Gol dicari Harimau Selatan akhirnya hadir menerusi penggempur berbisanya, Bergson da Silva, pada minit ke-80 selepas menyudahkan sentuhan daripada Safawi Rashid.

Kemenangan itu membolehkan Harimau Selatan mengekalkan penguasaan peneraju Kumpulan I dengan enam mata sambil diekori rapat Kawasaki Frontale dengan empat mata.

Kawasaki Frontale sebelum itu melaungkan amaran awal kebangkitan dalam saingan tertinggi kelab Asia itu apabila membelasah Guangzhou 8-0 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan



Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker