Peraturan e-skuter akan diumum, pengguna dan pembekal mungkin perlu lesen

Peraturan e-skuter akan diumum, pengguna dan pembekal mungkin perlu lesen

Satu peraturan kecil berhubung penggunaan skuter elektrik atau e-skuter akan diputuskan, termasuk pelaksanaan lesen terhadap pengguna dan pembekal kenderaan itu, kata Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong.

“Tidak lama lagi, kita akan keluarkan kaedah atau undang-undang kecil untuk dipatuhi, (contohnya) untuk kelajuan tertentu, mereka perlu mempunyai lesen,” katanya dipetik Bernama selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena Sambutan Hari Raya 2022 di Putrajaya.



Wee berkata, penggunaan e-skuter semakin menjadi trend dalam kalangan masyarakat yang memerlukan penyelesaian sewajarnya untuk mengelakkan pengguna terdedah kepada risiko nahas memandangkan kelajuannya seperti motosikal.

Katanya, penggunaan kenderaan elektrik termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) (Pindaan) 2020 merangkumi aspek kenderaan mikro mobiliti yang mempunyai peraturan kecil mengenai spesifikasi berkaitan.

Beliau berkata, kenderaan mikro mobiliti terlalu banyak menggunakan nama berbeza, justeru ia memerlukan satu definisi jelas yang akan dibuat melalui peraturan kecil itu.

“Saya rasa kita kena perhalusi setiap satu dan sebenarnya libat urus telah dibuat berkali-kali. Jumlah mikro mobiliti ini banyak, nama e-basikal tapi bukan basikal, iaitu kelajuan sangat tinggi dan tidak menggunakan pedal.



“Kita kena lihat setiap satu supaya tidak terlepas pandang. Definisi kena jelas dan kita kena kawal (penggunaan mikro mobiliti) demi kebaikan semua orang,” katanya.

Sebuah portal hari ini melaporkan aktiviti penggunaan e-skuter secara berbahaya di Cyberjaya tanpa menghiraukan keselamatan mereka dan pengguna jalan raya lain.

Menurut Akta 333, takrifan kenderaan mikro mobiliti membawa maksud kenderaan dipacu sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia atau gabungan sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia, serta mempunyai kelajuan maksimum 50 kilometer sejam. FMT

Peraturan e-skuter akan diumum, pengguna dan pembekal mungkin perlu lesen




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet



Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker