Sup Khao Soi Thailand paling sedap di dunia, gulai Malaysia di tempat ke-20

Sup Khao Soi Thailand paling sedap di dunia, gulai Malaysia di tempat ke-20

Hidangan popular di utara Thailand dinamakan Khao Soi diisytiharkan sebagai sup terbaik di dunia oleh platform penggemar makanan TasteAtlas.com, lapor laman berita Thaiger semalam.

Khao Soi mengungguli senarai ‘50 Sup Terbaik Dunia’ yang diterbitkan pada 25 Julai lalu.



Hidangan Khao Soi berupa sup kari merah yang dicampur daging atau ayam dan mi telur. Ia kemudian ditambah mi rangup, limau nipis segar, kubis jeruk, bawang merah serta cili.

Khao Soi dipercayai dibawa ke utara Thailand oleh pedagang Cina Muslim dari wilayah Yunnan.

Sup itu diperbuat daripada santan dan pes kari merah. Kepedasan hidangan itu pula boleh diubah mengikut selera individu berdasarkan jumlah pes kari yang digunakan.

Perkataan Khao Soi bermaksud ‘nasi potong,’ walaupun hidangan itu menggunakan mi.



Taste Atlas juga mengesyorkan 10 kedai makan untuk Khao Soi terbaik dunia yang kebanyakannya terletak di Chiang Mai, di mana Khao Soi dikenali sebagai hidangan istimewa.

Selain Khao Soi, dua lagi hidangan Thailand turut tersenarai termasuk Tom Yum Kung dan Tom Kha Gai di tempat ke-13 dan ke-14.

Sementara itu, hidangan dari Malaysia iaitu gulai dan laksa masing-masing menduduk tempat ke-20 dan 35 dalam senarai berkenaan. K Online

Sup Khao Soi Thailand paling sedap di dunia, gulai Malaysia di tempat ke-20




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri



Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker