Ifa Raziah Pasang Lima Bodyguard Gara-Gara Tayang Barang Kemas Sebab Nak Tunjuk Kejayaan

Ifa Raziah Pasang Lima Bodyguard Gara-Gara Tayang Barang Kemas Sebab Nak Tunjuk Kejayaan

SERING memperagakan barangan kemas bernilai ratusan ribu ringgit, pastinya soal keselamatan turut diutamakan oleh penyanyi Ifa Raziah agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Justeru itu, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 47, mengupah seramai lima orang pengawal peribadi setiap kali keluar menghadiri majlis sebagai langkah keselamatan.

Penyanyi dan pengacara, Ifa Raziah dikawal rapi oleh lima pengawal peribadi gara-gara sering memperagakan barangan ­kemas bernilai ratusan ribu ringgit.

“Saya mempunyai lima pe­ngawal peribadi yang bertanggungjawab memantau keadaan sekiranya saya berada di tempat awam ketika menggayakan barangan kemas,” katanya.
Menurut pelantun lagu Ser…Ser…Ser… itu, dia memakai bara­ngan kemas tersebut bukan niat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya untuk membuktikan kejayaannya dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Selain simbol kejayaan, Ifa memberitahu, tujuan dia memakai perhiasan mewah tersebut juga adalah sebagai strategi dalam pemasaran.

“Dengan menggayakan barangan kemas ia boleh menjadi salah satu cara pemasaran apabila orang luar dapat melihat kejayaan saya,” katanya.

Jelas Ifa, dia tidak memakai barangan kemas yang sarat pada setiap masa, sebaliknya hanya ketika menghadiri majlis-majlis ter­tentu.

Pada awal Januari lalu, nama Ifa menjadi bualan ramai apabila dikecam gara-gara memakai perhiasan emas ketika menunaikan umrah.

Tidak berdiam diri, Ifa kemudiannya tampil mempertahankan diri dan memaklumkan dia sudah mendapatkan pandangan ustaz tentang hukum memakai barangan kemas ketika menunaikan ibadah umrah tersebut di Tanah Suci.

Ifa ditemui ketika sidang media Starvendors Mega Fest Raya 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

Acara jualan raya ini merupakan kali keempat anjuran Ifa sendiri dan ia bakal berlangsung pada 22 hingga 25 April bertempat di Pusat Dagangan Putra Kuala Lumpur (WTCKL)

Sementara itu, Ifa memberitahu dia mengalami waktu sukar tahun lalu selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan

Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur sehari sebelum acara berlangsung.

“Disebabkan PKPD saya terpaksa pulangkan semula semua wang sewa peniaga dan saya berjaya bayar kembali dalam tempoh 90 hari.

“Disebabkan itu juga mereka percaya kepada saya untuk teruskan pada tahun ini dan semakin ramai peniaga baharu yang
mahu turut sama,” ujarnya.-MS

Ifa Raziah Pasang Lima Bodyguard Gara-Gara Tayang Barang Kemas Sebab Nak Tunjuk Kejayaan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker