‘Saya Akan Bela Nasib, Dapatkan Keadilan Buat Bella’ – Che’ Puan Khaleeda

 

‘Saya Akan Bela Nasib, Dapatkan Keadilan Buat Bella’ – Che’ Puan Khaleeda

TANDA pagar #justiceforbella menjadi trending sejak tularnya klip video adik Bella yang ditemui dalam keadaan menyayat hati terutamanya apabila remaja berkenaan mengalami kecederaan seperti melecur di tangan, dada, paha dan beberapa bahagian lain serta kesan luka lama di tubuhnya.

Dia kanak-kanak istimewa Sindrom Down, berusia 13 tahun dan tiada ibu dan bapa sejak ditemui dan dijadikan anak angkat di Rumah Bonda, sebuah rumah kebajikan di Wangsa Maju di ibu negara yang diasas dan diusahakan pengasas, Siti Bainun Abd Razali.

Namun, kes ini sekali lagi mengundang kekecewaan dan kemarahan rakyat Malaysia apabila gambar Siti Bainun diwakili 10 peguam dimuat naik di laman media sosial.

Persoalan yang sedang hangat diperkatakan, wajarkah Siti Bainun diwakili 10 peguam melawan seorang kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU)? Satu lagi persoalan yang berlegar dalam fikiran masyarakat sekarang, mengapa tidak 10 peguam yang membela kanak-kanak tersebut?

Kes penderaan Bella ini turut menarik perhatian ister Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim, Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

Menurut Che Puan Khaleeda, beliau jelak dengan sang penakut yang beranggapan mereka boleh membuat sesuka hati terhadap kanak-kanak tanpa diketahui.

Menerusi tinjauan yang dibuat di Instagram Che’ Puan Khaleeda, ternyata beliau sangat terkesan dengan nasib adik Bella yang kini dibawah jagaan pusat kebajikan kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, beliau akan melakukan segala yang mungkin demi mendapatkan keadilan buat adik Bella.

PENDERAAN BELLA TIDAK TERPERI

Ini sebahagian daripada penderaan yang dialami oleh adik Bella, mengikut pendedahan saksi:

1. Dipukul dengan penyangkut baju sehingga patah; 2. Dikurung dalam bilik dan tidak dibenarkan bermain dengan kawan-kawan lain; 3. Dipaksa berdiri hadap dinding dari jam 8 pagi hingga penghuni masuk tidur; 4. Disimbah air panas dengan kerap; 5. Dipaksa makan najis sendiri, kerana terlalu takut Bella akan sehingga muntah. Namun, dia akan dipaksa untuk makan lagi; dan 6. Bella dibogelkan, diikat dan dibaringkan sebelum dicurahkan air panas berwap daripada mesin penapis air pada bahagian tertentu.

Ramai juga yang terharu dan sebak apabila membaca kenyataan daripada YM Che’ Puan Khaleeda. Tidak kurang juga ada yang mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sanggup bersama-sama membela nasib Bella.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.-AA

‘Saya Akan Bela Nasib, Dapatkan Keadilan Buat Bella’ – Che’ Puan Khaleeda

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker