Pemandu Maut, Jengkaut Terbalik Dalam Longkang

Pemandu Maut, Jengkaut Terbalik Dalam Longkang

KUANTAN: Seorang pemandu jengkaut maut selepas jentera dipandunya hilang kawalan sebelum terbalik ke dalam longkang di Kilometer 4, Jalan Lama Jerantut-Benta dekat Jerantut pada Jumaat.

Dalam kemalangan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Mohd Ikhsan Zahari, 37, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.



Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud berkata, warga Bangladesh, Ibrahim Hossen, 25, yang menumpang jengkaut tersebut parah.

Menurutnya, seorang lagi warga Bangladesh yang berada di atas jentera itu, Hossain Shahin, 30, tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa bersama dua warga Bangladesh dalam perjalanan pulang dari kawasan sebuah tapak pembinaan ke rumah kongsi di Sungai Par, Jerantut.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal jentera dipandunya lalu terbabas ke kiri jalan dan terbalik ke dalam longkang,” katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Kamarulzaman berkata, akibat kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala salah seorang penumpangnya parah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.



Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut ke lokasi untuk operasi menyelamat.

Menurutnya, pihaknya membantu membawa naik mayat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-SH

Pemandu Maut, Jengkaut Terbalik Dalam Longkang

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak



Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker