4 Sekeluarga Parah Ditetak Ketika Tunggu Berbuka Puasa

4 Sekeluarga Parah Ditetak Ketika Tunggu Berbuka Puasa

Kota Tinggi: Empat beranak yang sedang menanti waktu berbuka puasa di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili, di sini, parah ditetak ahli keluarga mereka sendiri dalam kejadian amuk, kelmarin.

Dalam kejadian 7.11 malam, lelaki berusia 38 tahun itu menetak isterinya, ibu mentua serta dua adik iparnya, masing-masing seorang lelaki dan perempuan, menggunakan parang kemudian melarikan diri.



Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung kes itu pada 8.22 malam kelmarin.

“Siasatan awal mendapati, ketika kejadian empat beranak itu sedang menanti waktu berbuka puasa sebelum suspek tiba-tiba mengamuk dan menetak empat beranak itu menggunakan parang.

“Kesemua mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi bagi rawatan lanjut, keadaan mereka kini stabil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek yang juga pekerja ladang nanas kini sedang giat dikesan bagi membantu siasatan.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nurul Syafiqah Khalid di talian 019-5121568 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di talian 07-8831222 atau mana-mana balai polis berhampiran. HM/KO

4 Sekeluarga Parah Ditetak Ketika Tunggu Berbuka Puasa

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak



Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker