‘Jaga-Jaga Senariounion’ Kumpulan Pelawak Legenda Senario Kembali Dengan Filem Terbaru [VIDEO]

‘Jaga-Jaga Senariounion’ Kumpulan Pelawak Legenda Senario Kembali Dengan Filem Terbaru [VIDEO]

SELEPAS ‘disajikan’ dengan pelbagai ‘teaser’, kumpulan komedi otai tanah air, Senario akhirnya tampil dengan filem “Jaga-Jaga Senariounion”.

Kemunculan semula ahli Senario yang mengumpulkan buat pertama kalinya gandingan Azlee, Saiful Apek, Wahid, Yassin, Hamdan dan Illya ini sememangnya dinanti dan bakal mengubat rindu buat peminat serta penonton.

Menariknya, ia memperlihatkan komedi dan lawak yang segar oleh kumpulan otai ini, namun pada masa sama masih mengekalkan identiti Senario.

Bukan itu sahaja, filem arahan Aziz M Osman ini turut mengembalikan wajah-wajah yang pernah mewarnai filem-filem Senario terdahulu, seperti Syanie Hisham, Mas Said, Badrolshah, Bobby Kiran serta pelakon baharu, Amm Raja Lawak dan Nur Farisha Amira.

Kisahnya bermula di hari majlis pernikahan anak Dato Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Dato Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya.

Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja.

Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut.

Semuanya menjadi teka-teki.

Menurut Penerbit dan selaku Pengarah Jaga-Jaga Senariounion, Aziz M Osman, kredibilitinya sebagai pengarah turut diperkukuhkan menerusi filem-filem Senario.

“Jadi Senario sudah menjadi sebahagian dalam karier dan hidup saya. Saya percaya ramai yang membesar dengan komedi dan sitkom lakonan Senario dan pasti ada yang merinduinya.

“Apabila ramai yang bertanyakan dan meminta kemunculan semual kumpulan ini dengan kehadiran semua ahli, jadi saya dan pihak penerbit tidak teragak-agak untuk merancang menghasilkan filem Senario.

“Jaga-Jaga Senariounion adalah buah tangan terbaharu daripada Senario buat peminatnya.

“Bagi sudut pengarahan pula, tidak banyak cabaran besar yang dilalui, tetapi apa yang istimewanya ketika di set, semuanya rasa seperti dahulu kala.

“Buat penonton dari generasi baharu, saksikan filem ini dan kenali kumpulan pelawak ‘legend’ yang pernah menggamatkan suasana satu ketika dahulu.

“Saya menjanjikan elemen ‘wow’ dan komedi yang terkini menerusi ‘Jaga-Jaga Senariounion’,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, Astro amat dikenali dengan program-program mencungkil dan mengetengahkan bakat pelawak-pelawak di Malaysia.

“Selaras dengan itu kami rasa amat berbesar hati dapat membawakan sebuah filem yang mengangkat kumpulan pelawak otai tanah air di platform Astro First.

“Lebih menarik, filem ini merupakan kemunculan semula mereka setelah lebih 11 tahun dan tambah istimewa buat pertama kali menghimpunkan hampir kesemua ahlinya.

“Kami percaya kehadiran ‘Jaga-Jaga Senariounion’ mampu mengembalikan nostalgia tersendiri dalam kalangan peminat dan para penontonnya.

“Jadi kami harap para penonton dapat berhibur dan bergelak ketawa dengan filem komedi ini bersama insan tersayang mahupun sahabat handai,” katanya.

Anda boleh melanggan dan saksikan ‘Jaga-Jaga Senariounion’ Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 April 2022.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (dua hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.

‘Jaga-Jaga Senariounion’ Kumpulan Pelawak Legenda Senario Kembali Dengan Filem Terbaru [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker